ad hoc committee | jawatankuasa ad hoc | Sains Politik | Politik Perbandingan | Jawatankuasa yang dibentuk bagi menangani sesuatu perkara atau masalah yang memerlukan penyelesaian atau pengurusan yang segera. Jawatankuasa ini dibentuk bagi memelihara kepentingan sesebuah masyarakat. Komuniti ini bersifat sementara dan keabsahannya hanya wujud dalam tempoh melaksanakan sesuatu tugas. Jawatankuasa ini akan dibubar setelah tugas yang diberi selesai. Contohnya, jawatankuasa ad hoc yang ditubuhkan bagi menangani kesan wabak SARS (sindrom pernafasan akut yang teruk). |
essential services | perkhidmatan perlu | Pentadbiran | Tiada | Perkhidmatan dalam negara yang penting atau diperlukan untuk menangani keperluan masyarakat dalam negara seperti perkhidmatan air, gas dan elektrik. |
compromised health coping | pengendalian kesihatan kompromi | Kejururawatan | Tiada | Penyesuaian kesihatan yang dilakukan akibat kekurangan sokongan kesihatan untuk menangani cabaran kesihatan. |
align | bersekutu | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan individu, organisasi atau negara yang bersetuju untuk bekerjasama secara sementara dalam menangani sesuatu masalah yang timbul Pakatan tersebut melibatkan kepentingan bersama apabila wujud ancaman oleh pihak tertentu. Negara yang terancam bersetuju untuk mewujudkan tindakan yang bersifat bersekutu bagi menghadapi ancaman. Contohnya, pihak bersekutu yang dibentuk sewaktu Perang Dunia Kedua antara Amerika Syarikat, Great Britain dan Perancis bagi menghadapi ancaman Jerman, Itali dan Jepun. |
analytical platform | platform analitikal | Kesihatan Awam | Tiada | Medium yang membolehkan penyelidik saling berkongsi data-data kajian analitikal yang dapat membantu menangani sesuatu penyakit. |
response forces | pasukan tindak balas | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Sekumpulan individu terlatih dan lengkap bersenjata di lokasi kejadian atau di lokasi lain untuk menangani percubaan pemindahan tanpa kebenaran atau tindakan sabotaj. |
Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) | Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) | Kesihatan Awam | Tiada | Pusat kawalan penyakit berjangkit yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa untuk menangani penularan penyakit berjangkit dalam negara. |
Bloom's Digital Taxonomy | Taksonomi Digital Bloom | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Satu model yang mengklasifikasikan pelbagai tahap kognisi manusia dalam aspek pemikiran, pembelajaran dan pemahaman bagi menangani aspek pengintegrasian teknologi digital ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Model ini memberikan panduan kepada pengajar mengenai cara menggunakan alat teknologi digital dalam memudah cara pengalaman pembelajaran dan pencapaian hasil pembelajaran. Taksonomi ini diadaptasikan daripada taksonomi Bloom pada tahun 2008. |
level 1 probabilistic safety asessment (PSA) | pentaksiran keselamatan berkebarangkalian tahap 1 | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Penilaian kekerapan kerosakan teras untuk mentaksir ketersediaan dan kebolehpercayaan sistem keselamatan reaktor dalam menangani kemalangan. |
curriculum mapping | pemetaan kurikulum | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses mengindeks dan menyelaras bahagian-bahagian kurikulum seperti objektif, aliran idea, tahap pelajar, kesesuaian sumber, tempoh belajar dan pentaksiran bagi mengenal pasti dan menangani isu ruang, kesinambungan, kelewahan dan ketidakjajaran akademik. Proses ini bertujuan untuk memperbaik kekoherenan kursus serta keberkesanan e-pembelajaran. |