Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nang.gung] | منڠݢوڠ

Definisi : 1. membawa di atas bahu (ba­rang yg berat-berat), memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. meng­alami (kesusahan dll), menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki membawa, memegang, mena­ruh, menyimpan: dapatkah manda ~ rah­sia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg tertentu), mengurus, mem­­biayai, menyelenggarakan: mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi, mem­punyai: kita ~ hutang sampai anak dah ber­anak enam pun hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, men­jamin: kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg ~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung dia akan menang; 9. memberi perakuan akan meme­nuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani tanggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nang.gung] | منڠݢوڠ

Definisi : 1 membawa barang yg berat-berat di atas bahu; memikul: Aku tidak sanggup ~ beban seberat ini. 2 menderita kesusahan, ke­rugian dll; mengalami: Setelah permai­surinya mangkat, tinggallah Sultan Mahmud keseorangan ~ dukacita. Mereka telah ~ kerugian besar kerana harga getah jatuh. 3 memberikan belanja atau nafkah; menyara: Di samping ~ isteri dan empat orang anak, beliau terpaksa juga ~ dua orang adik. 4 memberi akuan atau jaminan ttg sesuatu: Saya berani ~ kebaikan radio jenis ini. 5 memikul segala tanggungjawab dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tun Kudu orang Melayu,
     Tun Tuah orang Melaka;
Duduk termenung menanggung rindu,
     Mengenang tuan jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Putih mata kerana memandang.

Bermaksud :

Menanggung rindu.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
risk retentionbendungan risikoinsuransTiadaMenanggung sendiri risiko tanpa menggunakan kaedah lain seperti insurans atau pengelakan risiko.
reinsurerreinsurerinsuransTiadaInsurer yang menanggung kesemua atau sebahagian daripada insurans atau reinsurans yang diurusniagakan oleh sebuah syarikat insurans yang lain.
pilotispilotisKesenianHiasan DalamanTiang yang menanggung beban bagi sesebuah bangunan. Pilotis berdiri sehingga ke tingkat satu dan membiarkan ruang di bawahnya terdedah tanpa sebarang dinding. Pilotis berasal daripada perkataan Perancis, yang bermaksud tiang.
antifriction bearinggalas antigeseranKejuruteraan AutomotifEnjinGalas yang menanggung beban melalui unsur bebola atau jejarum yang diletakkan di antara jurnal, iaitu bahagian hujung aci yang disokong dengan permukaan perumah galas. Unsur ini bertujuan untuk mengurangkan geseran antara jurnal dengan perumah. Geseran ini dapat dikurangkan lagi dengan penggunaan minyak pelincir atau gris yang diletakkan di permukaan unsur tersebut.
horizontal equityekuiti mendatarEkonomiTiadaPrinsip kesaksamaan atau keadilan dalam menanggung beban cukai. Mengikut ekuiti mendatar, pembayar cukai yang mempunyai sama tingkat pendapatan atau kekayaan hendaklah membayar cukai yang sama, walaupun punca pendapatan mereka berbeza.
vertical equityekuiti menegakEkonomiTiadaPrinsip kesaksamaan atau keadilan dalam menanggung beban cukai. Mengikut ekuiti menegak, pembayar cukai yang mempunyai pendapatan atau kekayaan (sebagai ukuran kemampuan membayar cukai) yang berbeza, patut membayar cukai yang berbeza. Misalnya, orang yang berpendapatan RM50 000 setahun patut membayar cukai yang lebih banyak daripada orang yang berpendapatan RM20 000 setahun. Sinonim kesaksamaan menegak, keadilan menegak.
self reinsuranceswareinsuransinsuransTiadaDana yang disediakan oleh insurer untuk menanggung sendiri kerugian yang melebihi bendungan biasa insurer. Kaedah ini merupakan alternatif kepada reinsurans.
deductible liability insuranceinsurans liabiliti deduktibelinsuransTiadaInsurans yang menetapkan insured menanggung sendiri sehingga satu amaun tertentu bagi setiap tuntutan atau kemalangan. Insurans jenis ini dikeluarkan pada kadar premium yang dikurangkan.
self insuranceswainsuransinsuransTiadaDana yang disediakan oleh syarikat atau individu untuk menanggung sendiri kerugian yang mungkin dihadapi. Kaedah ini merupakan alternatif kepada insurans.
poolinggemblenganinsuransTiadaKaedah reinsurans yang sama dengan perkongsian berkuota. Setiap ahli akan menanggung sebahagian daripada setiap risiko yang diunderait oleh setiap ahli yang lain. Peruntukan dalam perjanjian penggemblengan ini mungkin termasuk had maksimum untuk ditanggung oleh setiap ahli.
12

Kembali ke atas