Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.war.kan] | مناورکن

Definisi : mengunjukkan (menge­mukakan dsb) sesuatu supaya dibeli (dipakai, diterima, dll), menyatakan kesediaan memberikan dsb sesuatu (spt pertolongan, khidmat, dll): seorang anak Cina mendekati dan ~ barang-barang jajaannya; kemudian dia sendiri duduk dan dgn santun ~ rokok kpd tamu-tamunya; dlm hal ini Persatuan ~ khidmat pd peringkat permukaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.war.kan] | مناورکن

Definisi : 1. menyebabkan (menjadikan) tawar; 2. memanterai supaya hilang bisa (penyakit dll), menjampi supaya hilang kekuatan: dihembuskan tangkal hantu pari, tangkal hantu air pun ditawarkan; 3. = ~ hati menjadikan tawar hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.war.kan] | مناورکن

Definisi : menunjukkan sesuatu supaya dibeli; mengunjukkan atau mengemukakan sesuatu supaya diterima, dipakai dsb: Penjaja itu ~ barang-barang jualannya. Dia ~ rokok kpd rakan-rakannya. Kerajaan ~ biasiswa kpd para penuntut di universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.na.war.kan] | مناورکن

Definisi : menyebabkan menjadi tawar. ~ hati menyebabkan tawar hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tawar2
Kata Terbitan : menawarkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antitoxinantitoksinKejururawatanTiadaAntibodi yang boleh menawarkan toksin yang dihasilkan oleh patogen.
flash salejualan kilatPerniagaanTiadaAktiviti jualan yang menawarkan harga murah dalam tempoh masa yang singkat.
shocking salejualan gemparPerniagaanTiadaAktiviti jualan yang menawarkan harga lebih rendah daripada harga biasa.
flood insurancesinsurans banjirinsuransTiadaKontrak insurans yang menawarkan perlindungan ke atas kerosakan yang disebabkan oleh air yang melimpah atau naik. Polisi ini boleh dibeli sebagai perlindungan tambahan kepada kontrak insurans kebakaran dan marin.
endowment insuranceinsurans endowmeninsuransTiadaInsurans hayat yang menawarkan bayaran nilai muka polisi kepada insured jika ia masih hidup pada akhir tempoh kontrak ataupun kepada warisnya apabila insured meninggal dunia sebelum tempoh tersebut.
increasing insuranceinsurans meningkatinsuransTiadaPolisi insurans yang menawarkan manfaat kematian yang meningkat mengikut masa.
knock out salejualan rentapPerniagaanTiadaStrategi jualan yang menawarkan pembelian terhadap sesuatu barang yang lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh pihak pesaing.
year free of premiumtahun pengecualian premiuminsuransTiadaSesetengah insurer menawarkan insurans seperti insurans isi rumah yang memberi pengecualian premium selepas beberapa tahun perlindungan insurans berkuat kuasa.
flexible learningpembelajaran luwesTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran yang menawarkan pilihan masa, lokasi, pengajaran, kandungan dan mod penyampaian mengikut keperluan pelajar tersebut. Pilihan pelajar tertakluk kepada keperluan kursus dan pensijilan. E-pembelajaran memudahkan pelaksanaan pembelajaran luwes. Sinonim pembelajaran fleksibel.
Muslim chaplainpembimbing rohani IslamAgama IslamTiadaIndividu profesional yang menawarkan nasihat dan penjagaan rohani di penjara, sekolah, hospital atau mana-mana institusi.
1234

Kembali ke atas