scrambling | pengarauan | Aeroangkasa | Tiada | Kaedah mencampuradukkan sesuatu isyarat untuk mengelakkannya dari difahami oleh pengguna yang tidak berkenaan. |
satire | satira | Kesusasteraan | Tiada | Unsur sastera yang mencampuradukkan sikap kritis dengan humor dan wit sehingga berjaya memperkatakan secara sindiran tentang kemanusiaan dan institusi manusia lazimnya dijelaskan secara simbolik dengan menggunakan watak-watak binatang. |
blunger | mesin campur aduk | Kejuruteraan | Tiada | Mesin untuk mencampuradukkan lempung. |
blunging machine | mesin campur aduk | Kejuruteraan | Tiada | Mesin untuk mencampuradukkan lempung. |
fantastic | fantastik | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan atau sifat fiksyen yang mencampuradukkan dunia nyata dengan dunia khayalan. Pembaca, pencerita, dan protagonis berasa tercabar untuk membezakan sempadan antara kedua-duanya. Todorov yang menulis buku bertajuk The Fantastic (1973) berpendapat bahawa naratif fantastik melibatkan pembaca yang berada dalam ketidaktentuan, sama ada mereka memilih penerangan ghaib seperti dalam cerita Marvellous atau penerangan psikologikal seperti dalam cerita Uncanny. Kesusasteraan fantastik berkembang maju pada abad ke-19, khususnya melalui cerita-cerita hantu karya Henry James dalam The Turn of the Screw (1898). |
place name legends | legenda nama tempat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang mengisahkan sesuatu tempat secara mencampuradukkan fakta sejarah dan mitos. Contoh: Asal Usul Majapahit dan Asal Usul Melaka |
affective fallacy | kekeliruan afektif | Kesusasteraan | Tiada | Konsep penilaian dalam sesebuah karya sastera berdasarkan kesannya terhadap emosi pembaca. Konsep ini dianggap terlalu subjektif dan mencampuradukkan dua entiti yang berbeza antara karya dengan kesannya terhadap pembaca. Konsep ini selari dengan konsep kekeliruan hasrat yang merujuk kepada kesilapan membuat penilaian berdasarkan biografi penulis atau pengakuan penilai berkaitan dengan maksud karya. Konsep kekeliruan afektif ditentang oleh penyokong kritikan impresionistik yang berpendapat bahawa respons pembaca merupakan kriteria penting dalam penilaian sesebuah teks. Konsep ini diutarakan oleh Wimsatt dan Beardsley dalam karyanya berjudul The Verbal Icon (1954). Lihat juga kekeliruan hasrat, kritikan impresionistik. |
bovaryism | bovarisme | Kesusasteraan | Tiada | Kecenderungan individu yang lari daripada kenyataan dan menafikan realiti. Individu itu membayangkan dirinya sebagai wira atau wirawati dalam sesebuah fiksyen. Bovarisme berpunca daripada watak Emma Bovary sering mencampuradukkan angan-angan romantik dengan realiti. Pengarang sering mendedahkan bovarisme melalui ironi sebagai amaran kepada pendedahan berlebih-lebihan terhadap unsur romantik yang mempesonakan dan memperdayakan. |