jackknifing | terikat gugur | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Teknik yang menguji dan menilai variasi data melalui pengiraan berulangan ke atas set data dengan menggugurkan set data yang tidak mencapai nilai ambang tertentu. Data yang mencapai nilai ambang tertentu seterusnya dinilai dan diuji semula sehingga mencapai satu nilai yang jitu. Teknik ini banyak digunakan dalam menghasilkan pepohon filogenetik. |
macroeconomic policy | dasar makroekonomi | Ekonomi | Tiada | Dasar ekonomi yang mempengaruhi agregat ekonomi yang bertujuan antara lain untuk mencapai guna tenaga penuh, menentukan tingkat harga umum yang stabil, mencapai tingkat pertumbuhan ekonomi yang memuaskan dan menstabilkan nilai mata wang negara. Pelaksanaan dasar makroekonomi melibatkan kegiatan pihak berkuasa seperti perbendaharaan atau bank pusat, memilih alat atau pemboleh ubah yang sesuai, dan menentukan tingkat pemboleh ubah yang berpatutan supaya boleh mempengaruhi pemboleh ubah sasaran mencapai tingkat yang bersesuaian dengan matlamat ekonomi yang dikehendaki. |
nursing case management | pengurusan kes kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Pengurusan kejururawatan yang bertujuan untuk mencapai penjagaan berkualiti, keberkesanan kos dan mencapai matlamat organisasi. Ia melibatkan kerjasama antara jururawat dengan semua ahli kesihatan yang lain. |
oogenesis | oogenesis | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pembentukan oosit pada haiwan betina. Proses ini bermula seawal peringkat fetus sehingga peringkat haiwan betina mencapai dewasa. Oogenesis bermula dengan pembentukan sel germa primodial yang seterusnya melalui pelbagai perkembangan sel untuk mencapai peringkat oosit yang matang dan berupaya untuk disenyawakan. |
collusion | pakatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerjasama yang terbentuk di kalangan organisasi, parti atau negara yang bersaing untuk mencapai satu matlamat yang sama. Kerjasama yang terbentuk ini biasanya tidak menjejaskan identiti anggota masing-masing. Dalam konteks kehidupan bermasyarakat, fenomena pakatan wujud sama ada pada tahap individu, organisasi atau negara. Pakatan antara anggota ini boleh wujud dalam dua bentuk yang terdiri daripada bentuk pertama yang dikenali sebagai pakatan kontrak iaitu kerjasama yang terbentuk semata-mata untuk mencapai keuntungan tertentu antara dua atau lebih pihak. Apabila keuntungan sudah dicapai maka pakatan akan berakhir. Pakatan yang kedua ialah pakatan moral yang terbentuk ekoran daripada ideologi yang dikongsi bersama. Pakatan ini lebih bersifat murni kerana jalinan hubungan masih tetap wujud walaupun kerjasama itu telah berakhir. Contoh pakatan ialah Pihak Berikat dalam Perang Dunia Kedua yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, Great Britain dan Perancis. |
coalition | campuran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gabungan beberapa puak, kelompok, organisasi atau parti yang membentuk satu unit politik bagi menghadapi atau mencapai sesuatu matlamat sepunya seperti membentuk kerajaan, menghalang ancaman musuh atau mengurangkan konflik sesama mereka. Fenomena gabungan biasanya wujud dalam sistem Parlimen moden apabila tidak ada satu parti tunggal yang berjaya mendapat majoriti yang jelas bagi membentuk kerajaan selepas pilihan raya. Kestabilan gabungan amat bergantung kepada rundingan dan bentuk pengagihan kuasa yang dipersetujui. Gabungan juga wujud dalam konteks hubungan antarabangsa khususnya kuasa-kuasa besar seperti yang pernah berlaku sewaktu Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Secara amnya gabungan mempunyai tiga bentuk yang utama iaitu yang bersifat sementara bagi mencapai matlamat segera, yang bersifat jangka masa tertentu dan gabungan yang berbentuk konkrit bagi satu tempoh yang lama. Contohnya, Barisan Nasional merupakan gabungan beberapa parti politik yang membentuk kerajaan Malaysia. |
juvenile | juvana | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Individu yang belum mencapai umur dewasa atau ditakrifkan sebagai kanak-kanak menurut undang-undang. |
vehicle | wahana | Kesusasteraan | Puisi | Alat yang digunakan bagi mencapai sesuatu tujuan atau objektif. Dalam konteks ini, bahasa merupakan wahana yang penting kepada seseorang penyair untuk menyampaikan sesuatu pemikiran atau isu dalam puisinya. |
subtractive world | dunia subtraktif | Kesusasteraan | Tiada | Dunia pengkaryaan yang mencapai kesan fantasinya melalui penyingkiran sebahagian besar realiti kehidupan manusia. Karya jenis ini mengabaikan hukum sebab akibat bagi semua peristiwa. Dunia subtraktif dikenali juga sebagai dunia sisihan. |
time trial | ujian masa | Sukan | Lumba Basikal | Perlumbaan untuk mencapai masa terpantas,sama ada di dalam velodrom ataupun di jalan raya. |