collate | kolat | Kesusasteraan | Tiada | Perbandingan secara teliti antara dua atau lebih teks, edisi, cetakan atau bahan sumber. Perbandingan bertujuan mencari persamaan dan perbezaan dalam teks tersebut. Perbandingan juga penting untuk mencari sumber yang lebih asli, menentukan tarikh atau fakta yang lebih tepat, menyelesaikan sebarang kekeliruan atau kekaburan makna tentang sesuatu perkara, meneliti unsur tokok-tambah dan sebagainya. Dalam konteks karya sastera Melayu tradisional, perbandingan tentang unsur persamaan atau perbezaan amat penting dalam usaha mengesan unsur intertekstualiti dan pengaruh yang terdapat dalam karya. |
heuristic method | kaedah heuristik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Teknik yang direka bentuk untuk menyelesaikan masalah dengan pantas berbanding dengan teknik klasik yang sangat perlahan. Kaedah heuristik juga boleh digunakan untuk mencari penyelesaian yang optimum apabila teknik klasik gagal untuk mencari penyelesaian yang tepat. Penyelesaian optimum ini boleh dicapai dengan mengabaikan aspek kesempurnaan, ketepatan atau kejituan dalam kelajuan. |
beachcombing | penyisiran pantai | Umum | Tiada | Aktiviti mencari dan mengumpul pelbagai objek yang menarik atau bernilai di sepanjang pantai. |
food hunting | pemburuan makanan | Pelancongan | Tiada | Aktiviti mencari tempat makan baharu atau unik, terutamanya semasa melancong atau menjelajah bandar atau kawasan yang baharu. |
beachcomber | penyisir pantai | Umum | Tiada | Individu yang mencari dan mengumpul pelbagai objek yang menarik atau bernilai di sepanjang pantai. |
content curation | kurasi kandungan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses mencari, menemui, mengumpul, mempersembahkan dan mengongsi bahan pembelajaran digital yang berkaitan subjek atau topik tertentu. |
physical mapping | pemetaan fizikal | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah untuk mencari susunan penanda DNA dan jarak fizikal di antara penanda DNA pada sesuatu kromosom. |
dumpster diving | selongkar tong sampah | Alam Sekitar | Tiada | Amalan mencari sisa makanan terbuang yang masih elok atau mengitar barangan yang masih boleh digunakan atau berharga. |
genotypic fitness | ketahanan genotip | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Keupayaan untuk bermandiri, mencari pasangan dan menghasilkan keturunan yang akan memastikan aliran gen dalam generasi akan datang. |
opportunist criminal | penjenayah berpeluang | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Penjenayah yang mendapatkan, mencari atau menggunakan peluang yang ada untuk melakukan jenayah. Lazimnya, penjenayah ini menggunakan situasi yang sesuai untuk mendapatkan habuan jenayah dan tidak membuat sebarang perancangan awal. Sasaran dalam jenayah ini adalah secara rawak bergantung pada peluang yang tersedia. Contohnya, seorang samseng jalanan memecahkan cermin kereta apabila ternampak beg tangan ditinggalkan di dalam kereta. |