Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.lup] | منچلوڤ

Definisi : 1. memasukkan (menenggelamkan, menyelamkan) ke dlm benda yg cair: sebelum digoreng pergedel itu mesti dicelup ke dlm telur; 2. memberi berwarna dgn memasuk­kannya ke dlm air berwarna (kain dll): ~ kain; 3. ki membentuk (fikiran, faham, semangat, dll), melatih, mengajar: mereka dicelup di Oxford dan di Cambridge; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.lup] | منچلوڤ

Definisi : mewarnai sesuatu (spt kain) dgn memasukkannya ke dlm air berwarna: ~ kain dgn warna biru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencelup


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carpet fibers .fiber karpetKesenianHiasan DalamanSerat yang digunakan untuk membuat permaidani. Biasanya, serat seperti bulu kambing dipintal dalam bentuk panjang atau pendek, bercorak serta bergelombang untuk membentuk pail dan akan diwarnakan sebelum atau selepas dijadikan permaidani. Terdapat beberapa cara untuk mewarnakan permaidani, antaranya adalah dengan mencelup gegelung, mencelup pakej, mencelup permukaan dan mencetak rendaman.
package dyeingpakej mencelupKesenianHiasan DalamanProses mencelup benang bulu yang telah siap dipintal, kemudian digulung menjadi satu bentuk besar yang berlubang-lubang. Pewarna yang telah dipanaskan akan meresapi keseluruhan benang melalui lubang-lubang tersebut. Benang- benang itu seterusnya dikeringkan, diurai dan ditenun.
dipping treatmentrawatan celupBuluhTiadaKaedah mengawet dengan cara mencelup buluh ke dalam larutan bahan pengawet.
Langmuir-Blodgett filmfilem Langmuir-BlodgettFizikNanoteknologiFilem tipis yang terdiri daripada satu atau lebih monolapisan bahan organik. Filem ini dimendapkan daripada permukaan suatu cecair ke atas permukaan suatu pepejal secara mencelup substrat pepejal ke dalam cecair. Proses pemendapan monolapisan ini dapat dilakukan secara berulang-ulang untuk mendapatkan ketebalan filem yang dikehendaki.

Kembali ke atas