Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.ria.kan] | منچرياکن

Definisi : 1. menjadikan sesuatu (ruang atau kawasan tertentu) ceria, membersihkan dan mencantikkan (mengindahkan): para pelajar diarah ~ bilik darjah semasa kempen kebersihan berlangsung; 2. menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, meng­gembirakan: kelahiran anak sulungnya ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu; 3. menjadikan sesuatu kelihatan menarik: pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu; 4. memurnikan, menyucikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.ria.kan] | منچرياکن

Definisi : 1 menjadikan sesuatu ruang atau kawasan ceria, membersihkan dan mengindahkan: Pelajar diarahkan ~ bilik darjah sempena kunjungan para pelawat. 2 menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, menggembirakan: Kelahir­an anak sulung ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu. 3 menjadikan sesuatu (majlis, perayaan dsb) meriah dan menarik: Pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menceriakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accentuation designreka bentuk serlahLandskapTiadaReka bentuk yang bertujuan untuk membantu menyerlahkan nilai estetik sesuatu kawasan atau struktur. Contohnya, kombinasi warna digunakan untuk menceriakan kawasan.

Kembali ke atas