Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.ri.ta.kan] | منچريتاکن

Definisi : 1. mengisahkan sesuatu kpd: demikianlah diceritakan oleh yg empunya cerita; 2. mengkhabarkan (memberitahukan, mengatakan, dll) sesuatu: saya takut hendak ~ rahsia itu kepadanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.ri.ta.kan] | منچريتاکن

Definisi : 1 menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2 mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menceritakan

Peribahasa

Mengembangkan ketiak amis.

Bermaksud :

Menceritakan keburukan diri sendiri atau kaum keluarganya kepada orang lain. (Bandingkan dengan: Mencencang lauk tengah halat).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
center of consciousnesspusat kesedaranKesusasteraanTiadaCiri narator orang ketiga yang menceritakan sesuatu kisah. Pembaca dapat membaca minda, sama ada satu atau semua watak dalam cerita, tetapi ada satu narator yang bukan si penulis yang menceritakan kisah. Dari sudut pandangan orang ketiga, segala kejadian dan kisah terperinci disaring. Usaha menginterpretasikan segala yang berlaku dilakukan melebihi watak lain. Penulis Barat, Henry James menyebut narator ini sebagai reflektor, bertujuan untuk memberi suatu visi bagi fiksyen tersebut. Contohnya, protagonis dalam karya Dan Jacabson ialah Michael Lewin, tetapi kisahnya diceritakan melalui satu narator yang melihat, dan memaklumkan kepada pembaca segala perancangan Lewin. Daripada narator ini, pembaca dapat mengandaikan bahawa rancangan Lewin akhirnya tidak kesampaian.
memoirmemoirKesusasteraanTiadaBentuk tulisan autobiografi yang menceritakan peristiwa umum yang disaksikan pengarang, berbanding dengan kehidupannya sendiri. Justeru, tidak seperti kebanyakan autobiografi, memoir memfokus pada peristiwa luaran berbanding dengan perasaan dalaman pengarang. Memoir biasanya merakamkan periode dalam kehidupan pengarang yang selari dengan peristiwa sejarah yang penting. Contohnya, karya Lilian Hellman berjudul Pentimento dan Memoir Arena Wati: Enda Gulingku oleh SN Arena Wati. Lihat juga autobiografi.
literary epicepik sasteraKesusasteraanTiadaNaratif panjang yang menceritakan kebaktian seseorang tokoh yang bersifat kewiraan. Epik sastera dikarang dengan baik dan rapi menggunakan teknik serta gaya epik. Biasanya, epik tulisan mempunyai nilai seni yang lebih tinggi dan sempurna berbanding epik rakyat kerana epik ini berbentuk tulisan. Epik sastera memperlihatkan semua konvensi dan ciri-ciri epik dan ditulis untuk tujuan bacaan dan bukannya disampaikan secara lisan. Karya bertajuk Divine Comedy oleh Danie and Aeneid oleh Virgil ialah contoh epik bertulis dari Barat. Dalam dunia Melayu, Hikayat Hang Tuah ialah satu-satunya epik Melayu yang bertulis walaupun tidak diketahui pengarangnya. Contoh epik lain yang bertulis ialah Hikayat Pocut Muhammad, sebuah epik Aceh yang ditulis oleh Teungku Lam Rukam. Epik sastera dikenali juga sebagai epik tulisan atau epik sekunder.
pseudologia fantasticapseudologia fantastikaPerubatanPsikiatriKeadaan apabila seseorang menceritakan gejala penyakit secara keterlaluan dalam keadaan sedar untuk mendapatkan perhatian.
satirical comedykomedi satiraKesusasteraanTiadaBentuk drama komedi yang menceritakan keadaan dan pendirian politik, aspek kehidupan tradisi, serta mengkritik aspek moral dan tingkah laku manusia. Komedi ini juga menyindir dan mempersendakan golongan tertentu, namun persembahan komedi biasanya sarat dengan unsur pengajaran. Penulis terawal komedi satira ialah Aristophanes.
jongleurpelipur IaraKesusasteraanPuisilndividu atau tokoh yang kerjanya menceritakan sesuatu puisi atau syair dengan tujuan untuk menjadi hiburan, terutama di kalangan masyarakat tradisional. Contohnya, Pawang Ana dan Mir Hassan.
narrative poetrysajak kisahKesusasteraanPuisiPuisi yang isi atau persoalannya menceritakan atau mengisahkan sesuatu seperti tokoh, objek, kejadian, pengalaman dan sebagainya. Tema dan persoalan yang dikisahkan oleh penyair dalam sajaknya itu mungkin didasarkan kepada sesuatu yang benar atau mungkin hanya rekaannya sahaja. Contohnya, sajak "Fatamorgana" dalam kumpulan Balada Seberang Benua karya Firdaus Abdullah. Sinonim puisi kisahan, sajak naratif.
etiologyetiologiKesusasteraanTiadaKajian tentang sebab-musabab. Etiologi juga merupakan pengisahan singkat dalam bentuk prosa atau puisi yang menceritakan asal usul tempat, orang, binatang, benda atau sesuatu kejadian alam. Etiologi merupakan salah satu bentuk sastera awal yang hidup dalam tradisi sastera rakyat sesebuah masyarakat. Etiologi memerihalkan sejarah asal usul sesuatu perkara mengikut kepercayaan masyarakat setempat. Dalam konteks masyarakat silam, sering kali cerita asal usul dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda yang dipercayai berakar-umbi sejak turun-temurun. Cerita asal usul wujud dalam semua tradisi kesusasteraan di dunia. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur etiologi paling ketara ditemui dalam kisah pembukaan kampung, pemberian nama sungai, gunung dan sebagainya. Sebahagian daripada cerita tersebut dikaitkan pula dengan mitos sumpahan, �Sang Gedembai�. Contoh unsur etiologi yang berkaitan dengan kejadian alam dapat dibaca melalui kisah tentang kejadian guruh, gempa, kilat, hujan dan sebagainya. Kisah asal usul binatang pula ditemui dalam cerita-cerita binatang seperti Mengapakah Harimau Mempunyai Belang? Mengapakah Ular Sawa Hilang Bisanya? Dan Mengapakan Burung Puyuh Tidak Berekor? Dalam cerita legenda Raja Bersiung, terdapat beberapa buah tempat di negeri Kedah yang dikaitkan dengan Raja Bersiung.
doctrinal poetrypuisi doktrinKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi sesuatu prinsip ataupun kepercayaan (ideologi) yang dianggap benar dan dapat diterima oleh sesuatu kelompok. Puisi ini menceritakan tentang kehidupan buruh yang mempertahankan nasibnya. Contohnya, puisi 'Buruh" karya Usman Awang. Kembali terasa duri untuk mula bertindak, Kesegaran merayap mencari darah dan bergerak; Memberikan segala yang ada dengan rela, Berdiri dengan berani dalam paduan tenaga raksasa.
marrated monologuemonolog terkisahKesusasteraanTiadaTeknik lakonan dalam bentuk monolog dan karya terhasil daripada pemikiran dalam watak yang dibuat secara tidak langsung. Monolog terkisah biasanya melibatkan penceritaan orang ketiga. Dalam sesebuah karya yang mengandungi monolog terkisah, pengarang berada di luar cerita dan hanya menceritakan kejadian yang berlaku kepada watak berasaskan pemikiran dalaman watak itu sendiri. Justeru, monolog terkisah lebih banyak menceritakan peristiwa yang berlaku dalam mental atau pemikiran seseorang watak.
123

Kembali ke atas