digital printing | pencetakan digital | - | Tiada | Proses mencetak imej digital kepada pelbagai media. |
offset lithography | litografi ofset | - | Tiada | Kaedah mencetak dengan cara memindahkan imej daripada plat logam kepada blanket atau penggelek dan kemudian ke kertas. |
blueprinting | proses blueprint | Kesenian | Hiasan Dalaman | Proses mencetak semula lukisan asal. Proses ini membolehkan pelukis pelan yang menghasilkan pelan, lukisan terperinci dan semua jenis lukisan yang dilukis di atas kertas surih menghasilkan seberapa banyak kepingan lukisan yang disukai untuk kegunaan pembinaan. Lukisan asal disimpan di suatu tempat yang terkawal bagi menjaga kualiti, memudahkan rujukan atau membuat pembetulan. |
software piracy | cetak rompak perisian | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Aktiviti menyalin atau mencetak perisian tanpa izin dan melanggar undang-undang. Contohnya, menyalin dan menjual perisian komputer untuk tujuan mengaut keuntungan. |
art card | kad art | - | Tiada | Sejenis kertas tebal yang digunakan untuk mencetak kulit buku, brosur, kad nama dan bahan cetak lain. |
art paper | kertas art | - | Tiada | Sejenis kertas berkilat berkualiti tinggi yang digunakan untuk mencetak buku, brosur, poster dan bahan cetak yang lain. |
phantom word | kata silap | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang wujud kerana kesalahan menyalin, menaip, atau mencetak. Kesalahan ini sering terjadi semasa penyalinan manuskrip sastera, menyebabkan munculnya pelbagai versi manuskrip. Lihat juga kesilapan penyurat. |
newsprint | newsprin | - | Tiada | Kertas cetak yang diperbuat daripada pulpa kayu dan biasanya digunakan untuk mencetak surat khabar. |
blanking line limit | takat cetak | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian terakhir dalam kerja-kerja mencetak kepingan logam |
block | bongkah; sekat; blok; takal; adang (Tenis) | Kesenian | Tiada | 1. Blok: Kayu yang telah diguris yang digunakan untuk mencetak. |