farce | farsa | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis komedi yang dipersembahkan secara berlebih-lebihan oleh pendukung wataknya bertujuan untuk mencetuskan unsur lawak jenaka. Farsa dipersembahkan dengan memberikan penekanan kepada aksi fizikal yang lucu, watak yang dibesar-besarkan, plot yang rumit, peristiwa yang tidak munasabah, dan kerap kali bersifat sindiran seksual. Farsa bukan seperti komedi biasa yang hanya mencetuskan gelak ketawa, tetapi farsa turut membuat komentar dan sindiran tentang kehidupan sosial manusia. Farsa dipercayai berasal dari zaman Yunani dan berkembang pada zaman Rom, Perancis, dan Jerman pada kurun ke-13. Seterusnya farsa berkembang di England pada kurun ke-16, Farsa bermula pada awal kurun ke-20, tetapi digantikan dengan jenis filem seperti The Three Stooges dan Charlie Chaplin. Contoh farsa dalam karya tempatan ialah siri filem Bujang Lapok, iaitu Pendekar Bujang Lapok, Bujang Lapok, dan Seniman Bujang Lapok. Farsa berasal daripada perkataan Latin farcire bermaksud �mengisi�. |
escalate | mencetuskan | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
allergen | alergen | Perubatan | Tiada | Bahan yang boleh mencetuskan alahan apabila tersentuh atau memasuki badan seseorang yang sensitif. Contohnya, habuk, debunga, ubat, bisa binatang dan makanan laut. |
mitogen | mitogen | AIDS | Tiada | Bahan yang boleh mencetuskan mitosis atau transformasi limfosit |
plurisignation | penandaan jamak | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan perkataan untuk mencetuskan pelbagai makna dan konotasi dalam penulisan sastera. Penggunaan ini boleh memaparkan ironi atau paradoks yang kerap digunakan dalam penulisan puisi. Contohnya, frasa �crack �d� crowns� dalam karya bertajuk Henry IV oleh Shakespeare boleh dinterpretasikan sebagai dunia yang sumbing (broken coins), kepala yang luka (fractured heads) atau raja yang turun takhta (deposed royalty). |
unconditioned stimulus | rangsangan tidak lazim | Pendidikan | Tiada | Rangsangan yang mencetuskan respons emosi atau fisiologi secara semula jadi. |
object creation | ciptaan objek | Teknologi Maklumat | Tiada | Peristiwa yang mencetuskan kewujudan satu objek yang unik daripada objek lain. |
innovative thinking | pemikiran inovatif | Pengurusan | Perancangan | Keupayaan berfikir yang mencetuskan idea secara kreatif untuk melahirkan sesuatu produk atau perkhidmatan baharu yang lebih cekap dan berkesan. Proses pemikiran inovatif melibatkan tiga unsur utama, iaitu kreativiti, pembangunan idea, dan pelaksanaannya. Pemikiran inovatif tidak semestinya berlaku dengan memperkenalkan produk baharu tetapi juga melalui cadangan penambahbaikan terhadap produk atau proses yang sedia ada. Pemikiran inovatif juga boleh dirujuk sebagai �berfikir di luar kotak�. Setiap peringkat dalam organisasi digalakkan mempunyai kemahiran pemikiran inovatif supaya organisasi tersebut lebih berdaya saing dan terus maju. |
ariboflavinosis | ariboflavinosis | Perubatan | Tiada | Kekurangan vitamin riboflavin di dalam makanan, yang mencetuskan gejala, seperti keilosis glositis dan perubahan pada mata dan kornea. |
antigen | antigen | Sains Forensik | Tiada | Bahan, iaitu makromolekul asing yang mampu mencetuskan gerak balas badan untuk menghasilkan antibodi. Kemampuan antigen untuk merangsang penghasilan antibodi adalah sangat berguna dalam analisis forensik. Contohnya, pengesanan antibodi terhadap suatu molekul seperti toksin botulinum, membuktikan bahawa seseorang mangsa pernah didedahkan kepada antigen tersebut. |