deep ecology | ekologi mendalam | - | Tiada | Tiada |
defence in depth (DiD) | pertahanan mendalam | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pendekatan keselamatan berbilang lapisan bagi melindungi orang awam dan persekitaran daripada kesan dedahan sinaran mengion. |
historiography | historiografi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang penulisan karya sejarah berasaskan penelitian mendalam dan pemilihan fakta yang sahih daripada sumber asal. |
poetry | puisi | Kesusasteraan | Tiada | Pengucapan yang imaginatif yang lahir daripada perasaan yang mendalam. Puisi melahirkan secara spontan perasaan yang membuak yang timbul daripada gaya ingatan ketika berada dalam keadaan tenang. Definisi ini diutarakan oleh penyair seperti Wordsworth. Menurut Edwin Arlington Robinson, puisi ialah ungkapan bahasa yang menyampaikan sesuatu mesej melalui reaksi emosi, sesuatu kata-kata yang sukar hendak dinyatakan. Penulisan puisi biasanya menggunakan rima, ritma, matra, baris dan rangkap. Ciri utama bentuk puisi ialah iramanya. Irama dalam puisi biasanya bersifat tersusun dan teratur dan susunan ini memberi variasi kepada keseragaman bunyi apabila puisi itu dibacakan. Dalam penulisan puisi, penyair mempunyai lebih kebebasan dalam membentuk ayat berbanding dalam penulisan prosa. Oleh sebab penulisan puisi agak pendek, maka penulisan puisi memerlukan kepadatan kata-kata bagi menimbulkan kesatuan yang mantap dan berkesan. Bait puisi dihidupkan oleh bahasa yang indah dan imaginatif. Selain itu, bahasa puisi mempunyai nilai konotatif yang tinggi. Contoh puisi Melayu tradisional ialah pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teromba, teka-teki, mantera, perbilangan, talibun, ruba�i dan qit�ah. Contoh puisi Melayu moden ialah sajak. |
hermeneutik kerohanian | hermeneutik kerohanian | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah tafsir dan takwil teks secara mendalam berasaskan tradisi Islam yang membawa kepada pemahaman kerohanian. |
environmental impact study | kajian kesan alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kajian secara mendalam terhadap pembangunan yang dicadangkan agar tidak memberikan kesan negatif kepada ciri semula jadi atau fungsi ekologi dan alam sekitar. Kajian ini bertujuan untuk memastikan reka bentuk dan konfigurasi pembangunan tidak memberikan kesan negatif dan mengenal pasti pelan tindakan yang bersesuaian dengan mengambil kira dasar yang berkaitan. |
visitor participation | penyertaan pelawat | Pelancongan | Tiada | Pelibatan pelawat dalam aktiviti yang diadakan oleh penganjur yang meninggalkan kesan mendalam terhadap pelawat. |
mvsticism | mistisisme | Kesusasteraan | Puisi | Aliran penciptaan dan pemikiran dalam mengungkapkan tema dan persoalan yang berhubung dengan keagamaan, khususnya agama Islam yang mendalam di samping mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t. Hamzah Fansuri merupakan seorang penyair dan pemikir Aceh pada abad ke-XVII yang banyak mencipta puisi berbentuk syair dengan menerapkan aliran mistisisme. Ini dapat dilihat pada syaimya Sidang Fakir dan Syair Perahu. |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | Idea atau konsep abstrak dalam bentuk watak, objek atau lambang yang tersirat untuk membawa suatu pengertian yang lebih mendalam. |
slow journalism | kewartawanan hemat | Komunikasi Massa | Tiada | Jenis kewartawanan yang memberikan ruang untuk mengumpul maklumat secara menyeluruh, menganalisis, dan menghasilkan karya yang lebih mendalam. |