Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.kat.kan] | مندکتکن

Definisi : 1. meletakkan dsb supaya dekat atau berhampiran dgn, merapatkan, menghampirkan, mendampingkan: tong itu didekatkannya ke tepi perigi dan kemudian diisinya penuh-penuh dgn air; 2. menjadikan erat atau rapat (bkn perhubungan antara dua orang dll), merapatkan: sifat-sifatnya yg demi­kian itu ~ dia padaku; agama Islam telah ~ bangsa-bangsa tersebut kpd arus intelektual dunia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.kat.kan] | مندکتکن

Definisi : 1 menjadikan dekat dgn; merapatkan; mendampingkan: Dia ~ sajian kuih-kuih itu kpd tetamunya. 2 menjadikan rapat (persaudaraan, perhubungan dsb); merapatkan: Perkahwinan itu telah ~ persaudaraan mereka (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendekatkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mvsticismmistisismeKesusasteraanPuisiAliran penciptaan dan pemikiran dalam mengungkapkan tema dan persoalan yang berhubung dengan keagamaan, khususnya agama Islam yang mendalam di samping mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t. Hamzah Fansuri merupakan seorang penyair dan pemikir Aceh pada abad ke-XVII yang banyak mencipta puisi berbentuk syair dengan menerapkan aliran mistisisme. Ini dapat dilihat pada syaimya Sidang Fakir dan Syair Perahu.

Kembali ke atas