Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.pa.kan] | مندڤاکن

Definisi : merentangkan atau meng­hulurkan (tangan) lurus-lurus ke kanan dan ke kiri, mendepangkan: satu drpd gerak badan yg dilakukan ialah dgn ~ kedua-dua belah tangan perlahan-lahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.pa.kan] | مندڤاکن

Definisi : mendepangkan (tangan) selaku orang mendepa: Dia ~ tangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendepakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Viking claptepuk VikingSukanTiadaTepuk tangan beramai-ramai secara serentak dengan cara mendepakan tangan seluasnya, kemudian mengangkat kedua tangan di atas kepala, berteriak dan kelajuan tepukannya daripada perlahan menjadi semakin lama semakin pantas. Selalunya tepukan ini dilakukan semasa perlawanan bola sepak untuk memberikan semangat kepada pasukan yang bertanding.
hit for behind the back-line (16 yard hit)pukulan 16 elaSukanTiadaIsyarat pengadil dengan mendepakan kedua-dua belah tangan untuk membenarkan pihak bertahan membuat pukulan 16 ela apabila bola terkeluar dari garis belakang.
sumazausumazauMuzikTiada

Tarian kaum Kadazandusun di Penampang dan dataran pantai Sabah yang ditarikan oleh pasangan penari lelaki dan wanita. Tarian ini dipersembahkan semasa perayaan atau upacara ri­tual. Terdapat dua pergerakan asas dalam tarian tersebut. Pertama, penari mengalihkan berat badan dari kaki kiri ke kaki kanan sambil mengayun tangan di sisi mengikut rentak lagu. Kedua, penari melompat-lompat sambil mendepakan kedua-dua belah tangan. Tarian sumazau diiringi ensembel gong sompogogungan.


Kembali ke atas