Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.di.dih.kan] | منديديهکن

Definisi : 1. memasak (memanaskan) air dll hingga mendidih; 2. menjadikan berkobar-kobar (semangat): keberaniannya menentang kezaliman itu ~ darah ke­perwiraan dlm jasad bangsanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.di.dih.kan] | منديديهکن

Definisi : memasak (memanaskan) air dll hingga mendidih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendidihkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boilerdandangPerubatanTiadaBekas untuk memasak atau mendidihkan air.
boilerdandangKimiaTiadaBekas untuk memasak atau mendidihkan air.
boilerdandangPentadbiran PerniagaanTiadaBekas untuk memasak atau mendidihkan air.
boilerdandangPentadbiran PerniagaanTiadaBekas untuk memasak atau mendidihkan air.
reboilerpengulang didihKejuruteraanKejuruteraan KimiaAlat pemanas bantu yang digunakan pada bahagian bawah menara penyulingan bagi mendidihkan cecair panas dan menukarkannya kepada fasa wap sebelum dikembalikan ke menara. Ini melibatkan pemindahan haba daripada alat pemanas kepada cecair melalui pemanasan yang dilakukan secara pengaliran stim atau elektrik.
reboiler heat dutyduti haba pengulang didihKejuruteraanKejuruteraan KimiaKuantiti haba yang diperlukan oleh pengulang didih untuk mendidihkan cecair di bahagian bawah turus penyulingan dan seterusnya menukarkannya kepada fasa wap. Haba yang diperlukan ini biasanya dibekalkan oleh stim atau elektrik.
brewbruPentadbiran PerniagaanTiada1. Membuat bir, bir berwarna muda dan lain-lain daripada malta dan hop dengan cara merendam, mendidihkan dan menapaikan.,2. Minuman yang dibrukan.
evaporatorpenyejatKejuruteraanKejuruteraan KimiaPeralatan yang digunakan dalam proses penyejatan untuk mengeluarkan air daripada suatu campuran cecair. Biasanya stim digunakan sebagai bahan pemanas untuk mendidihkan campuran cecair.
soft waterair lembutKimiaTiadaAir yang bebas daripada garam kalsium dan garam magnesium, dan mudah membentuk buih apabila ditindakkan dengan sabun. Air jenis ini diperoleh daripada air liat, sama ada dengan mendidihkan air liat itu atau dengan menambahkan garam natrium karbonat.
proximate analysisanalisis proksimatVeterinarTiadaSistem analisis kimia yang membahagikan sesuatu makanan kepada enam komponen iaitu lembapan, protein kasar, lemak, serabut kasar, abu dan ekstrak bebas nitrogen. Setiap komponen dianalisis secara berasingan. Lembapan ditentukan dengan mengeringkan sampel di dalam ketuhar pada suhu 100° C selama 24 jam. Abu ditentukan dengan membakar sampel di dalam ketuhar pada suhu 500° C selama 6 jam. Protein kasar ditentukan dengan kaedah Kjeldahl manakala lemak ditentukan dengan kaedah Soxhlet. Serabut kasar pula ditentukan dengan mendidihkan sampel dalam larutan asid dan alkali. Ekstrak bebas nitrogen ditentukan dengan cara menolak jumlah abu, protein kasar, serabut kasar dan lemak daripada 100 peratus. Formula: % ekstrak bebas nitrogen = 100 - % protein kasar - % serabut kasar - % lemak - % abu. Hasil daripada analisis ini digunakan untuk menunjukkan nilai sesuatu makanan yang boleh digunakan bagi merumus rangsum makanan ternakan yang lengkap dan seimbang.

Kembali ke atas