Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nem.bu.si] | منمبوسي

Definisi : 1. menusuk (menikam dll) sampai tembus, menebuk, melubangi: keris ini dapat ~ badan orang; 2. masuk terus (melalui se-suatu), melantas: beberapa butir peluru telah ~ kepala dan dadanya; 3. mere­sap terus ke sebelah yg lain, melantas, merem­bes: matahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titi-wangsa; 4. ki meresap masuk (ke dlm hati dll); 5. dapat melantas (per­tahan­an dll), menobros, mendobrak: konvoi dikirim utk ~ kepungan Jerman terhadap kepulauan Inggeris; industri perabot di negara ini dapat diusahakan secara bersepadu utk ~ pasaran eksport secara besar-besaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nem.bu.si] | منمبوسي

Definisi : 1 masuk terus ke sebelah; menusuk sampai tembus: Besi paku sebesar ini tidak dpt ~ papan yg begitu tebal. 2 meresap terus ke sebelah; melantasi: Ada jenis cahaya yg dpt ~ benda-benda keras, spt batu. 3 (dpt) melantasi pertahanan, pasaran dll: Teh jenis itu dpt ~ pasaran antarabangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berlubang: tembuk, tebuk, bocor, bobos, bolos, lolos, toblos, tobros, bosor, pesuk,

2. Bersinonim dengan masuk terus ke: lantas ke, terus sampai ke,

3. Bersinonim dengan meresap: telap, serap, jerap, kejap,

Kata Terbitan : menembusi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acrosomeakrosomPenternakanGenetik dan PembiakbakaanMembran yang menyelaputi hujung anterior kepala spermatozoa. Akrosom menghasilkan enzim lisosom dan proteolisis bagi mencerna dan menembusi lapisan zona pelusida di sekeliling ovum. Tindak balas ini membolehkan sperma menembusi ovum bagi proses persenyawaan.
tunnelingpenerowonganFizikNanoteknologiFenomena yang berlaku apabila zarah dapat menembusi suatu sawar keupayaan yang lebih tinggi daripada tenaga kinetiknya dan tebal sawar adalah dalam skala nanometer. Fenomena ini berlaku dalam sistem mekanik kuantum yang zarah bersifat bak gelombang dan tidak mungkin berlaku dalam sistem mekanik klasik. Fenomena ini digunakan untuk mereka bentuk peranti penerowongan elektron tunggal.
crepuscular raysinaran krepuskularGeologiTiadaSinaran cahaya matahari ke arah timur yang menembusi awan-awan tebal biasanya jenis stratokumulus.
acrosomeakrosomKejururawatanTiadaStruktur khusus di kepala sperma, yang mengandungi enzim untuk menembusi lapisan ovum dan memudahkan persenyawaan.
permeation rangejulat penelapanKimiaKimia AnalisisJulat ukuran saiz atau bentuk suatu bahan yang berupaya menembusi atau melalui membran atau liang-liang bahan padatan.
depth of penetrationkedalaman penusukanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikNilai kedalaman gelombang bunyi yang boleh menembusi ke dalam sampel bahan uji. Nilai ini berkait rapat dengan frekuensi prob.
acute pancreatitispankreatitis akutKejururawatanTiadaInflamasi akut pada pankreas yang dicirikan oleh kesakitan pada kuadran atau abdomen yang menembusi ke bahagian belakang.
build up factorfaktor tokokTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFaktor pembesaran yang berlaku disebabkan oleh kuantiti sinaran yang menembusi media menjadi lebih besar berbanding sinaran yang dituju. Pembesaran ini berlaku disebabkan oleh proses serakan yang dialami semasa sinaran itu melalui media. Formula bagi pengecilan sinaran yang melibatkan faktor tokok ialah: I = B Ioe^μx, dengan I ialah keamatan selepas melalui bahan, Io ialah keamatan sebelum melalui bahan, μ ialah pekali pengecilan, x ialah ketebalan bahan dan B ialah faktor tokok.
lack of penetration (LOP)kurang penembusan (LOP)Teknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKetakselanjaran yang terbentuk disebabkan oleh kegagalan logam kimpalan untuk menembusi sambungan kimpalan. Sinonim penembusan tak lengkap.
burn throughbakar tembusTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKesan kimpalan yang terhasil apabila suhu kimpalan terlalu tinggi dan menyebabkan logam kimpalan menembusi zon kimpalan. Imej yang terhasil kelihatan seperti bintik hitam yang dikelilingi oleh kawasan hitam keputihan di sekitarnya. Keadaan ini disebabkan oleh haba input yang berlebihan semasa kerja kimpalan dilaksanakan.
123

Kembali ke atas