Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ra.jui]/[me.ne.ra.ju.i] | منراجوءي

Definisi : memegang teraju pimpinan, me- memimpin, mengetuai, mengendalikan: usia yg semuda itu dirasakan belum cukup utk ~ sebuah organisasi yg besar dan penting; empat orang yg telah ~ pimpinan pentad­biran Malaysia selama ini adalah orang-orang yg ~ pimpinan Barisan Nasional; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.ra.jui]/[me.ne.ra.ju.i] | منراجوءي

Definisi : 1 memegang teraju sbg pemimpin; mengetuai: Beliau dilantik utk ~ bahagian yg baru dibentuk itu. 2 mendahului yg lain dlm pembangunan, sesuatu rekaan dsb: Syarikat tempatan ~ penciptaan mesin utk memudahkan hasil tanaman itu di­tuai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teraju (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa tertinggi, pucuk pimpinan, kemudi;,
Kata Terbitan : menerajui,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
majority leaderpemimpin majoritiSains PolitikPolitik PerbandinganPemimpin dari parti politik yang mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya. Pemimpin ini mempunyai sifat yang berwibawa dan berkarisma untuk menjadi seorang pemimpin yang unggul. Pemimpin majoriti merupakan pemimpin yang mendapat sokongan rakyat dan ahli parlimen untuk menerajui pemerintahan negara. Contohnya, Dr. Mahathir Mohamad pemimpin majoriti yang mendapat sokongan besar pengundi kawasan dan ahli parlimen.
majority governmentkerajaan majoritiSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat untuk menjalankan pemerintahan di sesebuah negara setelah mendapat kemenangan yang besar dalam pilihan raya. Kerajaan akan diwakili oleh pemimpin yang terdiri daripada parti yang mendapat sokongan terbanyak masyarakat dan parlimen untuk menerajui pemerintahan. Kerajaan ini biasanya mempunyai pemimpin popular yang mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya. Contohnya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) merupakan kerajaan majoriti Singapura yang memerintah negara itu sejak merdeka.

Kembali ke atas