Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.bu.ri] | مڠابوري

Definisi : menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.bu.ri] | مڠابوري

Definisi : menjadikan kabur: Asap tebal telah ~ pemandangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaburi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
proxyproksiSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu, kelompok atau negara yang melaksanakan tugas bagi pihak lain. Proksi bertindak sebagai topeng terhadap penglibatan langsung pihak sebenar untuk mengaburi mata orang ramai seolah-olah pihak tersebut tidak terlibat dengan sesuatu perkara yang menimbulkan kontroversi. Contohnya, Amerika Syarikat dan Soviet Union sering terlibat dalam perang proksi semasa era perang dingin seperti yang berlaku dalam perang Vietnam apabila Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan manakala Soviet Union membantu Vietnam Utara.
superbugsuperpepijatTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus atau kod hasad yang tidak boleh dikesan atau dibuang oleh perisian antivirus. Walaupun superpepijat velum pernah wujud, namun superpepijat dijangka akan mempunyai ciri polimorfisme tandatangan yang kompleks untuk mengaburi imbasan dari perisian antivirus dan juga kaedah merebak dan arahan pemusnah yang berbeza atau sentiasa berubah. Ciri ini boleh menyebabkan vaksin yang dikeluarkan untuk superpepijat hanya berguna untuk jangka masa yang singkat sahaja, iaitu sehingga superpepijat tersebut berubah bentuknya sekali lagi.
proxy voteundi proksiSains PolitikPolitik PerbandinganUndi yang dibuat sebagai mewakili satu pihak yang enggan memperlihatkan keterlibatannya dalam sesuatu pengundian. Undi ini dilakukan oleh individu atau badan lain dengan mengikut telunjuk kuasa proksi yang mengarahkannya. Tujuannya adalah untuk mengaburi mata orang ramai bagi menunjukkan seolah-olah pihak sebenar tidak terlibat dengan proses pengundian tersebut. Contohnya, tindakan veto Amerika Syarikat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghalang sebarang tindakan ke atas Israel.

Kembali ke atas