Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.di.li] | مڠاديلي

Definisi : menimbangkan dgn saksama serta memutuskan (dlm mahkamah dsb), memeriksa dan menghukum orang dgn adil: ~ dan menghukum orang-orang yg melanggar undang-undang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.di.li] | مڠاديلي

Definisi : mendengar dan memeriksa sesuatu perbicaraan serta memberikan keputusan mengikut undang-undang: Seorang hakim yg berpengalaman telah dipilih utk ~ kes pembunuhan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengadili


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
judicial powerkuasa kehakimanSains PolitikPolitik PerbandinganBidang kuasa yang dimiliki oleh bidang kehakiman yang setara dengan bidang kuasa badan legislatif dan eksekutif. Ia memiliki kuasa mengadili dan mentafsir undang-undang yang perlu dihormati. Kuasa kehakiman ini menjadi sumber rujukan sekiranya berlaku konflik dalam persaingan kuasa antara pihak bertentangan seperti antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat atau pihak legislatif dengan eksekutif. Kuasa kehakiman ini bebas daripada sebarang pengaruh luar. Hanya ketua negara atau Yang di-Pertuan Agong (di Malaysia) dibenarkan meminda keputusan yang telah dibuat oleh badan kehakiman ini dengan syarat-syarat tertentu.
praetorpraetoriaSains PolitikPolitik PerbandinganJawatan yang wujud pada zaman Rom (300- 242 SM) sebagai anggota lembaga pemerintah yang kemudiannya berperanan seperti majistret mahkamah. Jawatan ini berkembang menjadi dua praetor iaitu praetor bandar yang mengadili konflik antara penduduk-penduduk bandar dan praetor peregrinus iaitu praetor yang menguruskan konflik antara penghijrah atau orang luar yang berada di bandar tersebut. Praetor bandar ini kadangkala memangku jawatan praetor peregrinus apabila praetor tersebut terpaksa mengetuai tentera ke medan perang. Walaupun menguruskan tugas pengadilan di mahkamah, praetor ini turut berperanan menguruskan permainan awam.
kingshippemerintahan berajaSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan raja sebagai pemerintah yang berkuasa mutlak dalam sesebuah negara. Pemerintahan ini meletakkan raja sebagai sumber kuasa atau menguasai penggubalan undang-undang. Raja juga mengetuai pemerintahan atau badan kabinet dan memiliki sepenuh kuasa ke atas mahkamah atau badan yang mengadili undang-undang. Segala aspek pemerintahan seperti dasar ekonomi negara, perjalanan pentadbiran, kebebasan media, sistem pendidikan dan kewangan ditentukan oleh pihak istana. Penggantian kuasa dalam negara seperti ini melalui sistem keturunan atau warisan. Contohnya, negara Brunei Darussalam.

Kembali ke atas