clinical trial randomization | perawakan percubaan klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Proses mengagihkan subjek percubaan klinikal kepada kumpulan rawatan atau kawalan secara rawak supaya tidak mempengaruhi hasil kajian. |
distributor | pengagih | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Komponen dalam sistem pencucuh yang mengagihkan voltan tinggi ke palam pencucuh. |
contribution clause | fasal sumbangan | insurans | Tiada | Fasal dalam kontrak insurans indemniti yang mengagihkan tuntutan, yang perlu dibuat sekiranya terdapat dua atau lebih insurer yang melindungi harta yang sama. |
fuel rail | rel bahan api | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pembuluh dalam sistem bahan api yang mengagihkan bahan api kepada penyuntik dalam sistem suntikan bahan api. |
life insurance trust | amanah insurans hayat | insurans | Tiada | Polisi insurans hayat yang menamakan syarikat amanah sebagai waris dan mengagihkan prosid daripada polisi tersebut mengikut syarat perjanjian amanah. |
air distributor | pengagih udara | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Corong atau saluran udara yang mempunyai pintu boleh ubah untuk mengagihkan udara ke ruang kereta. |
tax | cukai | Ekonomi | Tiada | Bayaran wajib dalam bentuk wang dan bukan wang seperti barang dan perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan kepada individu dan syarikat. Cukai berperanan untuk mengagihkan semula pendapatan dan kekayaan dan memperuntukkan semula sumber. Hasil cukai adalah sumber utama untuk membiayai perbelanjaan kerajaan. |
transfer payment | bayaran pindahan | Ekonomi | Tiada | Bayaran yang dibuat bukan berasaskan perkhidmatan produktif penerima, yang tidak mendatangkan pulangan dalam bentuk wang kepada pembayarnya. Misalnya, bayaran kebajikan, bayaran pencen, dan bantuan asing. Bayaran ini merupakan salah satu cara mengagihkan semula pendapatan kepada orang miskin. |
economics | ekonomi | Ekonomi | Tiada | 1. Ilmu sains sosial yang mengkaji gelagat atau perlakuan manusia dalam memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad, yang bersaing antara satu sama lain. Mengikut P.A. Samuelson, ekonomi merupakan satu kajian tentang bagaimana individu atau masyarakat memilih, sama ada dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad, yang mungkin mempunyai alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan penggunaan masa depan (tabungan), kepada pelbagai manusia dan kumpulan dalam masyarakat. 2. Kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan barang atau perkhidmatan. |
Hare and List System | Sistem Hare dan List | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dua jenis sistem yang diamalkan dalam sistem pengundian berkadar. Dalam Sistem Hare pengundi diberi senarai calon yang bertanding dan dikehendaki menandakan beberapa calon yang dipilih menurut susunan kesukaannya. Sistem ini telah menetapkan satu kuota jumlah undi yang diperlukan dan calon pilihan pertama pengundi yang telah memenuhi kuota ini akan terpilih. Walau bagaimanapun, undi lebihan yang diperolehnya tidak terbuang, sebaliknya boleh dipindahkan kepada calon lain dalam parti yang sama, yang tersenarai sebagai pilihan kedua oleh pengundi tersebut. Manakala dalam Sistem List pula pengundi diminta menyenaraikan calon mengikut susunan parti pilihannya. Sistem ini mementingkan identifikasi parti lebih daripada calon. Parti yang mendapat paling banyak pilihan dianggap menang dan parti tersebut akan mengagihkan kerusi yang dimenangi kepada calon mereka berdasarkan senarai yang disediakan. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Ireland, Australia dan Afrika Selatan. |