authentication | pengesahihan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses pengecaman pengguna untuk mengakses sesuatu sistem e-pembelajaran bagi pengesahan kesahihan pengguna melalui nama pengguna dan kata laluan, pengecaman cap jari, pengecaman muka atau pengecaman suara. |
digital inclusion | rangkuman digital | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Kemampuan individu dan kumpulan untuk mengakses dan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. |
digital inclusion | rangkuman digital | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Kemampuan individu dan kumpulan untuk mengakses dan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. |
learning snack | kudapan pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Isi kandungan ringkas, tetapi lengkap yang menerangkan satu konsep atau topik sahaja. Pelajar boleh mengakses kudapan pembelajaran tersebut secara dalam talian berdasarkan keperluan. |
tin can API | API bekas tin | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Nama API yang dibangunkan oleh sebuah syarikat persendirian Advanced Distributed Learning (ADL) untuk mengakses perisian aplikasi berasaskan web khususnya e-pembelajaran. Kemudiannya, API Bekas Tin dijadikan piawaian dan dijenamakan sebagai API pengalaman (xAPI). Lihat juga API Pengalaman (xAPI). |
vodcast | video siar | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Video dalam bentuk digital. Pengguna boleh memuat turun video ini ke dalam komputer, telefon pintar, ataupun mengakses laman web Twitch. TV dan Youtube. Perkataan vodcast berasal daripada gabungan kata video dan broadcast. |
digital connectivity | keterhubungan digital | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Keupayaan jaringan digital sebagai medium capaian Internet yang menghubungkan manusia, organisasi atau objek untuk berkomunikasi dan mengakses perkhidmatan seperti Jaringan Sejagat (WWW), e-mel, pekerjaan dan pembelajaran jarak jauh, e-dagang dan lain-lain. Contoh keterhubungan digital termasuklah teknologi Edge, 3G/4G/5G, Talian Pelanggan Digital Asimetri (ADSL), Jalur Lebar dan teknologi gentian optik. |
digital onboarding | suai tugas digital | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Proses dalam talian yang disediakan kepada individu yang telah mendaftar dengan syarikat atau institusi kerajaan agar dapat mengakses terus produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Proses ini membolehkan individu tersebut dapat dikenal pasti dengan mudah dan selamat di kemudian hari. |
account hacking | penggodaman akaun | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk jenayah siber yang melibatkan tindakan menceroboh dan mengeksploitasi akaun orang atau organisasi lain, bertujuan untuk mendapatkan keuntungan secara tidak sah. Tindakan ini termasuklah perbuatan menghapuskan dan mencuri maklumat akaun serta mencegah pemilik akaun tersebut daripada mengakses akaunnya sendiri. |
website defacement | pencacatan tapak sesawang/ pencacatan tapak web | Teknologi Maklumat | Tiada | Serangan terhadap laman sesawang yang mengubah penampilan visual laman sesawang atau laman web tersebut. Serangan ini biasanya dilakukan oleh individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab yang memecah masuk ke dalam pelayan web dan menggantikan hos laman sesawang tersebut kepada salah seorang daripada mereka dengan menggunakan pelbagai cara untuk mengakses ke laman sesawang tersebut. |