Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.la.mi] | مڠالمي

Definisi : merasai atau menempuh (kesusahan, kesulitan, perubahan, dll), me­nang­gung: selama hampir tiga tahun yg lalu, kita telah ~ kesulitan ekonomi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.la.mi] | مڠالمي

Definisi : merasai (menjalani, menempuh) sesuatu peristiwa: Ketika merantau dahulu, dia telah ~ berbagai-bagai kesulitan dan kesukaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalami

Peribahasa

Kain sehelai peminggang habis.

Bermaksud :

Mengalami kerugian atau kecurian. peminggang = lambung perahu.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
protandrous hermaphroditehermafrodit protandrusPerikananAkuakulturIkan yang mengalami pertukaran jantina daripada jantan kepada betina. Ikan akan menjadi matang sebagai jantan dan kemudiannya akan bertukar menjadi betina apabila mencapai saiz tertentu. Contoh ikan yang mengalami hermafrodit protandrus ialah ikan siakap.
protogynous hermaphroditehermafrodit protoginiPerikananAkuakulturIkan yang mengalami pertukaran jantina daripada betina kepada jantan. Ikan akan menjadi matang sebagai betina dan kemudiannya akan bertukar kepada jantan apabila mencapai saiz tertentu. Contoh ikan yang mengalami hermafrodit protogini ialah ikan kerapu.
Turner's syndromesindrom TurnerKejururawatanTiadaKecacatan genetik pada perempuan apabila individu itu hanya mempunyai satu kromosom-X sahaja. Perempuan yang mengalami Sindrom Turner mempunyai genitalia luar perempuan tetapi tiada ovari, bentuk fizikalnya rendah dan mengalami kerencatan mental.
posttraumatic stress disorder (PSTD)kecelaruan stres postraumatik (PSTD)PsikologiTiadaReaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun. Malah, bagi sesetengah negara maju didapati seorang daripada 12 orang dewasa akan mengalami PSTD sekali dalam seumur hidupnya yang boleh berlarutan sehingga 10 tahun.
empathyempatiKesusasteraanPuisiPembaca turut mengalami serta menghayati perasaan dan pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya.
pseudodementiapseudodemensiaPerubatanPsikiatriKeadaan seseorang yang mengalami kemurungan dan mempunyai ciri-ciri seperti demensia.
post-traumatic stress disorderkecelaruan tekanan pascatraumaKriminologiKeadilan JenayahReaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun.
polyuriapoliuriaVeterinarTiadaKeadaan ternakan yang mengalami pengeluaran air kencing yang banyak dan melebihi tahap normal. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh sesuatu penyakit atau pengambilan sesuatu jenis sebatian yang merangsang pengeluaran air dari glomerulus. Keadaan ini merupakan salah satu simptom diabetes dan boleh berlakui jika terdapatnya keradangan pada ginjal.
woundlukaKejururawatanTiadaPerihal kulit yang mengalami kerosakan permukaan atau tisu tanggal akibat kecederaan mekanikal.
haloclinehaloklinSains MarinTiadaLapisan air yang mengalami perubahan mendadak nilai kemasinannya berbanding dengan lapisan air di bahagian atas dan bawahnya. Haloklin menyebabkan stratifikasi turus air yang menghalang percampuran air di lapisan atas dan bawah. Contohnya, haloklin yang berlaku di kawasan muara disebabkan kemasukan air tawar dari sungai, seterusnya menghasilkan lapisan air dengan cerun kemasinan yang tinggi.
12345678910...

Kembali ke atas