Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : menangkap buaya dgn tali alir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : 1. bergerak berterusan (bkn air, cecair, tenaga elektrik, dll): air sungai ~ ke laut; darah ~ keluar drpd luka di kepala­nya; 2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (bkn air mata, peluh, dll): air matanya ~ juga dlm suram-suram cahaya; 3. bergerak melalui atau menerusi kawat (bkn arus atau tenaga elektrik); 4. bergerak keluar atau masuk (dr sebuah negara ke negara lain dsb), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain): emas ~ ke luar negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : 1 bergerak maju perlahan-lahan (ttg benda-benda cair): Air sungai ~ ke laut. 2 bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit (spt air mata dll); meleleh: Peluhnya ~ membasahi bajunya. 3 bergerak melalui atau menerusi kawat (ttg tenaga elektrik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalir

Puisi
 

Sungai Apu air mengalir,
     Tempat orang menuba ikan;
Adik ke hulu abang ke hilir,
     Sama-sama tolak belakang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dari telaga yang jernih,
     tak akan mengalir air yang keruh.

Bermaksud :

Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
port injectionsuntikan liangKejuruteraan AutomotifEnjinSuntikan bahan api cecair ke dalam udara yang mengalir melalui saluran pengambilan. Proses ini berlaku semasa lejang pengambilan memaksa campuran udara dan bahan api mengalir masuk ke dalam kebuk pembakaran. Suntikan ini berfungsi untuk menjalankan pengatoman bahan api. Sistem ini menghasilkan kualiti campuran yang lebih sempurna berbanding sistem sun- tikan bersama dan sistem karburetor. Sinonim pancitan liang Banding sistem suntikan bersama.
bypass oil filterpenapis minyak pintasKejuruteraan AutomotifEnjinPenuras berupa kartrij yang digunakan dalam sistem minyak pelinciran automatik untuk membuang zarah logam dan hasil haba penguraian daripada minyak yang mengalir. Penapis minyak pelincir ini juga menapis sebahagian daripada minyak yang mengalir melalui enjin.
currentarusKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCas yang mengalir dalam litar elektrik.
outletperuncit; jalan keluarGeologiTiadaBukaan tempat air mengalir keluar dari reservoir atau sungai.
flood flowaliran banjirHidrologiTiadaIsi padu air yang mengalir melintasi suatu keratan sungai per unit masa di waktu banjir.
amperegeampereKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaJumlah arus elektrik yang mengalir dalam litar elektrik dan diukur dalam unit ampere.
conductorpengalirKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLogam yang membenarkan arus mengalir melaluinya.
continuitykeselanjaranKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKaedah arus elektrik yang mengalir dari satu titik ke titik yang lain melalui litar lengkap.
surface runofflimpahan air permukaanAlam SekitarTiadaLimpahan air yang mengalir atau meresap di permukaan tanah.
ocean currentarus lautanSains MarinTiadaPergerakan air laut yang mengalir di lautan, sama ada secara tetap atau berterusan. Arus ini dijana daripada daya yang bertindak pada air seperti faktor putaran bumi, angin, suhu, perbezaan kemasinan dan pengaruh graviti bulan.
12345678910...

Kembali ke atas