Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lir.kan] | مڠاليرکن

Definisi : 1. menyebabkan (menjadi­kan) mengalir, menyalurkan (air dll) ke: maksud bendungan ini ialah utk ~ air ke sawah; pertempuran yg ~ darah; 2. menye­babkan bergerak (di air), menghanyutkan: ~ rakit; 3. menyalurkan (cita-cita, kegiatan, dsb), mengarahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lir.kan] | مڠاليرکن

Definisi : 1 membuat supaya mengalir; menyalurkan sesuatu: Apakah ikhtiar kita hendak ~ air sungai ini ke sawah? 2 menggerakkan (tenaga elektrik) melalui kawat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalirkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arteryarteriKejururawatanTiadaSalur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke semua bahagian tubuh. Dindingnya terdiri daripada serat otot licin yang mengecut atau mengendur di bawah kawalan sistem saraf simpatetik.
conductive polymerpolimer konduksianFizikNanoteknologiPolimer yang dapat mengalirkan arus elektrik atau bersifat semikonduktor. Polimer ini mempunyai struktur nano sekitar 10 nm, contohnya, poliasetilena 10(4) - 10(6) S cm(-1) dan polianilina. Contoh penggunaan polimer konduksian ialah pada panel paparan datar, panel suria dan amplifier optik.
permeabilitykebolehtelapanBuluhTiadaKeupayaan buluh atau kayu untuk mengalirkan bendalir menerusi rangkaian liang yang terdapat padanya.
neuronneuronSains SukanBiomekanikSel saraf yang berfungsi untuk mengalirkan aktiviti elektrik sistem saraf (impuls) dari satu bahagian anggota ke anggota yang lain.
outlet ventilationpengalih udara keluarKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLaluan yang mengalirkan wap semburan cat keluar dari bilik mengecat.
zener diodediod zenerKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaDiod yang berupaya mengalirkan arus elektrik pada pincangan songsang apabila voltan yang diberi lebih besar daripada voltan yang ditetapkan.
vapour return linetalian balikan wapKejuruteraan AutomotifEnjinTalian tiub yang mengalirkan gas atau wap yang bermula dari pam bahan api hingga ke tangki bahan api. Talian ini mem- benarkan wap bahan api yang terbentuk dalam pam untuk dikembalikan ke tangki bahan api. Proses pengembalian wap bahan api ini boleh mengelakkan berlakunya keadaan kunci wap. Sinonim talian wap.
high tension cablekabel voltan tinggiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKabel yang mengalirkan voltan tinggi sekunder dari gelung pengagih ke palam pencucuh.
feedwater pumppam air suapanSains NuklearKejuruteraan ReaktorPeralatan yang digunakan untuk mengalirkan air di dalam sistem air suapan.
endotracheal intubationintubasi endotrakeaKejururawatanTiadaProsedur memasukkan tiub endotrakea dalam trakea untuk mengalirkan oksigen dan ubat anestetik.
1234

Kembali ke atas