decentralization | pemencaran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pentadbiran kerajaan yang mengamalkan kaedah pembahagian kuasa antara pentadbiran pusat, negeri dan daerah. Sistem ini mengamalkan konsep pemberian autonomi dalam hal-hal tertentu oleh pentadbiran pusat kepada peringkat yang lebih bawah. Penurunan autonomi ini dibuat untuk melicinkan pentadbiran supaya lebih kemas dan cekap. Kaedah penyahpusatan ini bukan sahaja wujud di peringkat antara kerajaan tetapi sudah menular ke peringkat pentadbiran organisasi atau birokrasi. Sebagaimana di peringkat kerajaan, penyahpusatan di peringkat birokrasi juga bertujuan melicinkan dan menambahkan kecekapan sistem pentadbiran. Melalui penyahpusatan, jabatan atau bahagian dapat membuat keputusan yang terbaik tanpa perlu merujuk kepada bahagian yang lebih tinggi dan ini sekali gus dapat mengurangkan karenah birokrasi. Contohnya, sistem pentadbiran awam di Malaysia yang mengamalkan pemencaran dalam amalan birokrasi. Sinonim penyahpusatan. |
health seeking action | ikhtiar kesihatan | Kejururawatan | Tiada | Tindakan individu yang mengamalkan cara hidup yang sihat untuk mencapai kualiti hidup yang optimum. Contoh, pemakanan yang seimbang dan mengamalkan senaman secara teratur. |
quasi-federation | separa persekutuan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang mengamalkan sistem persekutuan yang bersifat separa. Negara ini memiliki ciri-ciri asas persekutuan, namun praktiknya tidak sepenuhnya mengamalkan sistem persekutuan tersebut. Dalam sistem ini, kerajaan pusat sering memiliki kuasa yang tinggi atau bersifat terpusat sementara kerajaan negeri tidak memiliki autonomi yang sewajarnya. Contohnya, India dan Malaysia merupakan negara yang bersifat separa persekutuan. |
autocracy | autokrasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk sistem pemerintahan yang dikuasai oleh seseorang individu secara mutlak. Dalam negara yaug mengamalkan sistem ini, individu yang berkuasa mempunyai kuasa penuh dalam setiap aspek pemerintahan seperti menguasai bidang eksekutif, legislatif dan kehakiman. Setiap perkataan atau tindakan individu yang berkuasa tersebut dilihat sebagai tindakan negara dan perlu dipatuhi serta diikuti oleh setiap rakyat. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Perancis semasa pemerintahan Raja Louis ke-14, yang pernah menyebut "sayalah negara". |
barter | barter | Ekonomi | Tiada | Sistem ekonomi yang mengamalkan urus niaga pertukaran barang dengan barang tanpa menggunakan wang. Sistem ini telah diamalkan pada zaman manusia belum lagi mencipta wang. |
green tourist | pelancong hijau | Pelancongan | Tiada | Pengunjung yang mengamalkan sikap yang baik terhadap alam sekitar seperti tidak menukar tuala mandi dengan kerap apabila menginap di hotel. |
practice pattern | corak amalan | Sains Kesihatan | Tiada | Perubahan dalam mengamalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berdasarkan mazhab pengajaran masing-masing. |
practice trend | aliran amalan | Sains Kesihatan | Tiada | Perubahan dalam mengamalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berdasarkan perubahan semasa. |
welfare state | negara kebajikan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang mengamalkan satu sistem kebajikan untuk semua rakyat. Konsep penting dalam negara ini ialah kerajaan atau pemerintah bertanggungjawab untuk memelihara kebajikan rakyat dan memastikan rakyat negaranya hidup dalam keadaan yang selesa. Negara kebajikan ini memberi pelbagai jenis kemudahan seperti pendidikan dan perkhidmatan hospital yang percuma. Di samping itu, negara ini turut memberi pelbagai bentuk konsesi lain seperti elaun kepada penganggur, cuti bersalin yang panjang, elaun untuk warga emas, layanan istimewa untuk orang cacat dan potongan rendah untuk bayaran pengangkutan dan sewa rumah perbadanan kerajaan. Walau bagaimanapun untuk membiaya semua kos perkhidmatan ini, negara kebajikan mengenakan cukai pendapatan yang tinggi khususnya kepada golongan berpendapatan tinggi serta mengenakan cukai lain kepada sektor perniagaan. Sektor swasta pula perlu melaksanakan dasar kebajikan seperti yang dilaksanakan oleh sektor awam. Contoh negara kebajikan yang masih aktif ialah Great Britain, Netherland, Sweden, Norway, Denmark dan Finland. |
proprietor pharmacist | ahli farmasi persendirian | Sains Kesihatan | Tiada | Ahli farmasi yang mengamalkan bidang profesionnya secara bebas. |