abuse of discretion | salah guna budi bicara | Undang-undang | Tiada | Penyalahgunaan kuasa yang dimiliki oleh pihak pentadbiran untuk memutuskan sesuatu menurut pertimbangannya sendiri setelah mengambil kira menurut pertimbangannya sendiri setelah mengambil kira beberapa asas penting. |
minimal flight | penerbangan minimum | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Penerbangan yang dirancang dan dikemudi supaya waktu penerbangannya dilakukan dalam tempoh yang paling singkat. Perancangannya mengambil kira pola angin tiga dimensi semasa penerbangan, yang berkaitan dengan ciri pengendalian pesawat. Walau bagaimanapun, pada masa kini penerbangan menimum masih mengambil kira konsep penerbangan pola tekanan dua dimensi. |
planning balance sheet | kunci kira-kira perancangan | Sosiologi | Tiada | Analisis perancangan fizikal yang mengambil kira kesan atau implikasi ekonomi dan kewangan untuk membantu memantapkan keputusan perancangan. |
precision farming | pertanian persis | Pertanian | Agroteknologi | Amalan pertanian yang menitikberatkan penggunaan input pertanian seperti baja dengan mengambil kira keperluan tanaman di lokasi ladang secara tepat. Dengan kaedah ini kos penggunaan input dapat dikurangkan dan pembaziran dapat dielakkan. Sebelum pertanian persis diperkenalkan, baja yang digunakan dalam sesuatu ladang ditabur dengan kadar yang sama rata di seluruh ladang yang luas tanpa mengambil kira perbezaan kesuburan tanah di lokasi berlainan di ladang itu. Dengan pertanian persis, tanah di ladang dipetakan dahulu dan melalui analisis sampel tanah keperluan baja dikira mengikut lokasi ladang tersebut. Tanah yang subur memerlukan kadar baja yang kurang daripada tanah yang kurang subur. Untuk mengamalkan pertanian persis, beberapa alat diperlukan seperti GIS, GPS dan VRA. |
relativity | kerelatifan | Fizik | Mekanik | Teori fizik yang mengambil kira sifat sejagat dari rambatan cahaya, yakni halaju cahaya sentiasa malar manakala ruang, masa dan ukuran fizik yang lain bergantung pada halaju pencerap. Teori ini dapat dikelaskan kepada teori kerelatifan khas dan teori kerelatifan itlak. |
holistic approach | pendekatan menyeluruh | Pengurusan | Perancangan | Tindakan menilai sesuatu keadaan atau perkara secara keseluruhan, dengan mengambil kira semua aspek berkaitan dengan pentadbiran dan operasi organisasi. Kepentingan pendekatan ini adalah supaya semua faktor yang perlu dipertimbangkan, diambil kira dan mengelakkan aspek yang terlepas pandang, dalam membuat keputusan yang berkesan dan tepat. Contohnya, bagi syarikat yang ingin mengeluarkan produk baharu, pendekatan menyeluruh adalah dengan mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang berkepentingan, dan dikaitkan dengan faktor dalaman dan luaran yang boleh menjejaskan keputusan yang akan dibuat. |
corporate planning | perancangan syarikat | Kejuruteraan | Tiada | Proses yang mengambil kira keseluruhan sumber dalam organisasi untuk merancang program perkembangan syarikat. |
protection factor | faktor perlindungan | Kejuruteraan | Tiada | Faktor yang mengambil kira jarak, bahan perisai dan jenis sinaran bagi menerangkan beberapa banyak pelindung yang hendak digunakan bagi mengira kadar dos daripada sebelah luar punca. |
discounted | terserap | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Harga sekuriti setelah mengambil kira maklumat buruk atau baik dan maklumat ini tidak lagi memberikan kesan ke atas harga. |
apparent digestibility | kebolehcernaan ketara | Veterinar | Tiada | Kebolehcernaan yang mengambil kira jumlah makanan yang diambil setelah ditolak dengan jumlah najis yang dikeluarkan, termasuklah bahagian nutrien endogen yang bukan berasal daripada makanan. Lazimnya nilai kebolehcernaan ketara lebih rendah daripada nilai kebolehcernaan sebenar. Formula: KK = BK dimakan - BK najis x 100 BK dimakan KK - kebolehcernaan ketara BK - bahan kering |