cooptation | pilih lantik | Sejarah | Tiada | Mempelawa seseorang untuk menganggotai sesebuah jawatankuasa tanpa pengundian. |
field galaxy | galaksi medan | Matematik | Tiada | Galaksi yang tidak menganggotai mana-mana gugus galaksi. |
union of sets | kesatuan set | Matematik | Tiada | Set yang terdiri daripada unsur-unsur yang menganggotai sekurang-kurangnya satu set daripada set-set yang diberi. Kesatuan dua set, katalah P dan Q ditandakan dengan P Q. Misalnya, jika P = {c, d, e} dan Q = {c, e, f}, maka P Q = {c, d, e, f} RUJUK RAJAH M.S. 52. |
intersection of sets | persilangan set | Matematik | Tiada | Set yang terdiri daripada unsur-unsur yang menganggotai setiap set daripada set-set yang diberi. Persilangan bagi dua set, katalah M dan N, digambarkan dengan M ∩ N. Misalnya, jika r, s, t, u, v ialah unsur-unsur yang berbeza dan jika M = {r, s, t} dan N = {t, u, v}, maka M ∩ N = {t}. |
company union | kesatuan syarikat; kesatuan pekerja syarikat | Sejarah | Tiada | Kesatuan pekerja syarikat: Sekumpulan individu yang menganggotai pertubuhan dalam syarikat yang memperjuangkan hak ahli-ahlinya. |
Federation Cup | Piala Federation (Tenis) | Sukan | Tiada | Piala yang menjadi rebutan antara pemain-pemain yang menganggotai suatu badan gabungan sukan, pada sukan bola sepak, pingpong, ragbi dan tenis. |
duumvirate | perintahan berdua | Sejarah | Tiada | 1. Bentuk pemerintahan kerajaan Rom purba yang terdiri daripada dua duumvir yang menganggotai satu badan, majlis atau jawatankuasa untuk upacara tertentu.,2. Gabungan dua orang di peringkat tertinggi pentadbiran untuk menjalankan sesuatu tugas penting. |
immediate vesting | letak hak serta-merta | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Hak pekerja terhadap faedah pelan pencen bermula sebaik sahaja ia menganggotai pelan berkenaan. |
cabinet minister | menteri kabinet | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu yang dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi menganggotai badan pemerintahan di peringkat persekutuan dan mengetuai sesebuah kementerian. Menteri ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Beliau bertanggungjawab terhadap perjalanan dan pelaksanaan dasar-dasar kementeriannya. Pada masa yang sama, menteri kabinet turut mengambil bahagian dalam penggubalan dasar-dasar kerajaan. Kebanyakan menteri mempunyai portfolio tertentu tetapi terdapat juga menteri yang tidak mempunyai portfolio khusus seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Anggota jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri membentuk kabinet di peringkat persekutuan. |
Thomas cup | piala Thomas (Badminton) | Sukan | Tiada | Piala yang dipertandingkan untuk menjadi rebutan kepada pasukan lelaki badminton, antara negara-negara yang menganggotai IBF, pada sukan badminton. |