soporific | soporifik | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang menghasilkan kesan mengantuk. Contohnya, ekstrak daun semalu (Mimosa pudica) dan daun saderi (Apium graveolens) akan menyebabkan mengantuk sekiranya diambil secara berlebihan. |
sleepy foal disease | penyakit anak (ekuin) mengantuk | Veterinar | Tiada | Tiada |
sedative | penenang/sedatif | Herba | Tiada | Herba yang memperlahankan fungsi tubuh. Penenang bertindak pada sistem saraf pusat yang memberikan kesan tenang, santai, mengurangkan kegelisahan, mengantuk, pernafasan perlahan, sebutan tidak jelas, terhuyung-hayang, lemah fikiran dan refleks tidak menentu. Pada dos tinggi, sedatif boleh menyebabkan ketidaksedaran dan kematian. Contoh herba ini ialah lengkuas, kecubung, cabai pintal, komkoma dan bidara/pedara. |
narcotic | narkotik | Herba | Fitoterapi | Bahan daripada beberapa jenis tumbuhan atau ubat yang memberikan kesan dalam mengurangkan kesakitan, tetapi boleh juga mengakibatkan hilang kawalan diri, ketagihan dan mengantuk. |