Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rah.kan] | مڠارهکن

Definisi : 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perin­tah: polis diarahkan bersikap sopan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rah.kan] | مڠارهکن

Definisi : 1 menggerakkan sesuatu ke arah; menghalakan; menujukan; menghadapkan: Sambil berundur hendak lari, penyamun itu ~ pistolnya kpd kami. 2 mengeluarkan perintah dsb kpd; memerintahkan: Kapten tsb ~ orang-orang bawahannya mengepung kubu pengganas itu. 3 memimpin perusahaan, jabatan dsb; mengurus; mengelolakan: Seorang yg berpengalaman selama beberapa belas tahun dilantik utk ~ syarikat perniagaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengarahkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
elimination raceacara lumba singkirSukanLumba BasikalAcara balapan yang mengarahkan pelumba yang tertinggal di belakang supaya keluar,sehingga tinggal dua (2) pelumba untuk merebut tempat pertama.
in-lens detectorpengesan kanta dalamNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanAlat yang digunakan untuk mengesan dan mengarahkan elektron sekunder ke pengesan anulus.
alternative voteundi alternatifSains PolitikPolitik PerbandinganKaedah pemilihan yang dilakukan untuk memilih calon yang mendapat undi majoriti. Kaedah ini dipraktikkan dengan mengarahkan pengundi menyenaraikan calon berasaskan kepada susunan kedudukan tertinggi dan terendah. Calon yang paling banyak mendapat kedudukan tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang. Kaedah ini diamalkan dalam parlimen Australia, pilihan raya umum Perancis dan pemilihan kepimpinan Parti Buruh Great Britain. Sinonim sistem pengundian alternatif.
layoutsusun atur/tataaturPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu pelan yang menunjukkan susun atur terperinci yang dijadikan panduan dan rujukan dalam mengawal dan mengarahkan pembangunan.
systemic virusvirus sistemikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang hanya bertumpu kepada fail sistem yang terpenting pada sistem pengendalian komputer yang dijangkitinya, ataupun kepada atur cara CMOS komputer tersebut. Fail sistem ini mengawal pengagihan sumber sistem seperti ruang storan, ingatan utama, keutamaan pemprosesan, dan hak capaian. Virus sistemik boleh mengarahkan supaya sumber sistem komputer bertumpu kepada proses tertentu sahaja dengan menjangkiti fail sistem.
state capitalismkapitalisme negaraSains PolitikPolitik PerbandinganSistem ekonomi kapitalis yang mempunyai kerajaan yang kuat dan menguasai pelbagai badan perniagaan. Dalam sistem ini, kerajaan memiliki dan menguasai sepenuhnya perniagaan mengikut dasar yang telah ditetapkan. Kapitalisme ini diubah suai selaras dengan peranan kerajaan yang dominan dalam sistem ekonominya. Kerajaan boleh menetapkan peraturan persaingan, harga barangan atau perkhidmatan tertentu, menentukan barangan yang boleh dieksport atau tidak, mengarahkan percantuman perniagaan seperti bank atau badan korporat malah memiliknegarakan badan perniagaan tertentu. Dalam maksud lain, sistem kapitalis ini tidak sepenuhnya bebas sebaliknya tertakluk kepada pengawalan kerajaan. Contohnya kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia memiliki ciri-ciri kapitalisme negara.

Kembali ke atas