documentation | dokumentasi | Herba | Tiada | Kaedah mengumpul, mengatur, menyimpan, merujuk dan menyebar dokumen atau maklumat bahan dan sediaan herba yang dirakam dalam salinan keras dan salinan lembut. Dokumentasi ini merupakan komponen penting dalam prosedur pengendalian piawai (SOP), Amalan Makmal Baik (GLP), Amalan Pertanian dan Pengumpulan Baik (GACP), Amalan Pengilangan Baik (APB) dan Amalan Klinikal Baik (GCP). |
group planner | perancang kumpulan | Pelancongan | Tiada | Individu yang mengatur dan menyusun untuk mengadakan rombongan lawatan. |
human smuggling | penyeludupan manusia | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan mengatur, memudahkan atau merancang secara langsung atau tidak langsung kemasukan mana-mana orang merentas sempadan antarabangsa yang menyalahi undang-undang sesebuah negara. Perbuatan ini boleh dilakukan dengan kerelaan atau tanpa kerelaan mangsa, secara rahsia atau melalui perdayaan, seperti penggunaan dokumen palsu. Lazimnya, perbuatan ini dilakukan oleh sindiket dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Contohnya, imigran yang diseludup masuk untuk dijadikan sebagai buruh ladang. |
perception | persepsi | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Proses mengatur dan memberikan pengertian kepada pengalaman. Peringkat kognitif terhadap persekitaran. |
international event planning | perancangan acara antarabangsa | Pelancongan | Tiada | Proses mengatur program yang bertaraf antarabangsa, seperti mesyuarat, konvensyen dan aktiviti pembinaan pasukan. |
circular business model | model perniagaan kitaran | Perniagaan | Tiada | Pendekatan perniagaan dalam mengatur operasi syarikat untuk meningkatkan kecekapan dan melestarikan alam sekitar seperti mengitar semula barangan. |
psychiatric social worker | pegawai kebajikan psikiatri | Perubatan | Psikiatri | Pegawai yang bertugas untuk mengatur dan mengurus masalah psikososial pesakit psikiatri. |
throttle body | badan pendikit | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Perumah yang mengandungi injap dan mengatur aliran udara masuk ke pancarongga pengambilan serta sistem suntikan badan pendikit. |
ergonomics | ergonomik | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Penggunaan prinsip sains perubatan dalam merancang atau mengatur tempat kerja, peralatan dan produk supaya dapat meningkatkan tahap keselesaan, kecekapan dan kesihatan. |
rheostat | reostat | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Peranti yang mempunyai rintangan berubah-ubah dan digunakan untuk mengatur arus yang mengalir dalam litar elektrik. |