contractile components | komponen mengecut | Sains Sukan | Biomekanik | Sifat otot yang membolehkan tegangan dibentuk daripada rangsangan gentian otot. |
bamboo shrinkage | kecutan buluh | Buluh | Tiada | Keadaan serat buluh yang mengecut dan lazimnya berlaku apabila buluh mengalami pengeringan drastik. |
atrioventricular node | nodus antrioventrikal | Kejururawatan | Tiada | Satu kumpulan tisu khusus jantung yang terdiri daripada sistem kontraksi jantung serta menerima impuls untuk mengecut daripada nodus sinoatrium. |
artery | arteri | Kejururawatan | Tiada | Salur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke semua bahagian tubuh. Dindingnya terdiri daripada serat otot licin yang mengecut atau mengendur di bawah kawalan sistem saraf simpatetik. |
expansion tank | tangki pengembangan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | 1. Tangki yang digunakan untuk mengumpul limpahan bahan pendingin akibat pengembangan kerana dipanaskan oleh enjin. Apabila enjin menjadi sejuk, bahan pendingin akan mengecut dan mengalir semula ke radiator. Tangki ini dihubungkan dengan radiator oleh sebatang hos. Tekanan dalam tangki ini menjadi tinggi, iaitu sama dengan tekanan dalam radiator apabila enjin beroperasi dan tekanan ini dikawal oleh tukup tekanan. 2. Tangki tambahan pada tangki bahan api dalam beberapa jenis kenderaan yang digunakan untuk mengumpul limpahan bahan api akibat pengembangan. |
hot tears | rabak panas | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Keretakan berbentuk linear yang terbentuk di dalam logam pada peringkat penyejukan semasa proses tuangan. Hal ini disebabkan oleh bahan mengecut secara tidak sekata semasa proses penyejukan. Lazimnya, rabak panas terjadi antara bahagian tebal dan nipis pada produk tuangan. |