coextensive | mendalam | Perpustakaan | Tiada | Perihal mengelaskan dokumen atau buku secara teliti, mendalam dan terperinci supaya bersesuaian dengan subjek buku tersebut. |
classifer | pengelas | Perpustakaan | Tiada | Pustakawan yang mengelaskan buku-buku kepada kelas atau tempat yang betul menurut satu sistem pengelasan. |
CIPW classification | pengelasan CIPW | Geologi | Tiada | Sistem untuk mengelaskan dan menamai batuan igneus berdasarkan norma CIPW. |
selection rule | petua pemilihan | Kejuruteraan | Tiada | Aturan untuk mengelaskan peralihan-peralihan tertentu mengikut nombor spin dan keadaan kuantum awal dan kuantum akhir sistem yang terlibat dalam peralihan. |
hidrosizer | alat hidrosaiz | Kejuruteraan | Tiada | Alat hidraulik untuk mengelaskan zarah mineral melalui medium cecair. |
Identification | Pengecaman | Pertanian | Tiada | Proses mengenal pasti serta mengelaskan takson tumbuhan kepada famili, genus, spesies, subspesies dan lain-lain mengikut Kod Tatanama Botani Antarabangsa (International Code of Botanical Nomenclature). Kaedah ini akan menentukan samada tumbuhan tersebut telah dikenalpasti sebelumnya atau merupakan spesies baru. Proses ini penting untuk mengecam tumbuhan dengan tepat. |
codification | pengkanunan; kodifikasi/pengekodan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 3. Proses mengelaskan data mengikut nombor atau indeks tertentu. |
nuclear selection rules | petua pilih nukleus | Kejuruteraan | Tiada | Aturan untuk mengelaskan peralihan-peralihan tertentu mengikut nombor spin dan keadaan kuantum awal dan kuantum akhir sistem yang terlibat dalam peralihan. |
cone classifier | pengelas kon | Kejuruteraan | Tiada | Alat berbentuk corong untuk mengelaskan zarah mineral. |
identification | pengecaman | Herba | Botani dan Bioteknologi | Proses mengenal pasti serta mengelaskan takson tumbuhan kepada famili, genus, spesies, subspesies dan lain-lain mengikut Kod Tatanama Botani Antarabangsa (International Code of Botanical Nomenclature). Kaedah ini akan menentukan sama ada tumbuhan tersebut telah dikenal pasti sebelumnya atau merupakan spesies baru. Proses ini penting untuk mengecam tumbuhan dengan tepat. |