Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.ta.hui]/[me.nge.ta.hu.i] | مڠتاهوءي

Definisi : 1. tahu akan, memaklumi: Mak Konah sendiri masih belum ~ akan hal ini; baru aku ~ akan sebabnya aku dipanggil; 2. tahu setelah melihat tanda-tanda atau bukti­nya, mengenali: tidak sulit bagi kita utk ~ binatang jenis mamalia ini; 3. mendapati, menginsafi, menyedari (akan): waktu konsert itu habis dan Pri hendak bertepuk kerana gembiranya, barulah diketahuinya bahawa tangan kirinya sudah terkalung oleh tangan kanan Wati; 4. mengerti akan, memahami: kata-katanya masih belum diketahui se­penuh­nya oleh masyarakat bahasa Indonesia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.ta.hui]/[me.nge.ta.hu.i] | مڠتاهوءي

Definisi : 1 tahu akan sesuatu; memaklumi: Sekarang barulah aku ~ mengapa aku dipanggil. 2 tahu dan faham setelah melihat atau mengalaminya: Drpd peristiwa buruk yg menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita ~ betapa kuatnya kuasa bom atom itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Peribahasa

Tak(kan) sebab ayam seekor mengetahui hari siang.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang saja yang tidak suka.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anagnorisisanagnorisisKesusasteraanTiadaPenemuan sesuatu yang mengejutkan watak dan menyebabkan perubahan dalam diri watak daripada tidak mengetahui kepada mengetahui.
spiroscopespiroskopBiologiTiadaSpirometer yang boleh digunakan untuk mengetahui isi padu udara yang masuk dan keluar semasa respirasi. Alat ini dapat menunjukkan aktiviti respirasi seseorang pesakit.
blind testujian butaPerubatanTiadaUjian penguji yang tidak mengetahui kumpulan mana yang diuji dan kumpulan mana yang menjadi kumpulan kawalan.
pregnancy diagnosisdiagnosis kebuntinganPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah yang digunakan untuk mengetahui status kebuntingan haiwan. Pelbagai teknik mendiagnosis kebuntingan pada haiwan boleh dilakukan seperti pempalpatan rektum, pengukuran aras hormon, pengukuran aras protein awal kebuntingan dan pemeriksaan menggunakan pengimbas ultrabunyi. Penentuan kebuntingan pada peringkat awal haiwan amat penting dalam pengurusan haiwan.
inquestpenyiasatan kematianinsuransTiadaSiasatan yang biasanya dibuat oleh seorang doktor untuk mengetahui sebab, di mana dan bila seseorang itu mati.
opinion polltinjauan pendapatSains PolitikPolitik PerbandinganKajian pendapat yang dilakukan untuk mengetahui pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu. Kajian ini boleh dilakukan secara soal selidik, kertas undi, telefon dan e-mel. Tinjauan ini biasanya dilakukan oleh kerajaan, parti politik, media atau golongan pendesak apabila muncul sesuatu isu. Contohnya, di Amerika Syarikat tinjauan pendapat sering dilakukan untuk melihat calon yang memiliki paling banyak sokongan semasa pilihan raya memilih presiden.
opinion surveytinjauan pendapatSains PolitikPolitik PerbandinganKajian pendapat yang dilakukan untuk mengetahui pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu. Kajian ini boleh dilakukan secara soal selidik, kertas undi, telefon dan e-mel. Tinjauan ini biasanya dilakukan oleh kerajaan, parti politik, media atau golongan pendesak apabila muncul sesuatu isu. Contohnya, di Amerika Syarikat tinjauan pendapat sering dilakukan untuk melihat calon yang memiliki paling banyak sokongan semasa pilihan raya memilih presiden.
hydrometerhydrometerKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat untuk menguji ketumpatan bandingan elektrolit untuk mengetahui sama ada bateri dalam keadaan bercas atau tidak.
inquestpenyiasatan kematianPentadbiran PerniagaanTiadaSiasatan yang biasanya dibuat oleh seorang doktor untuk mengetahui sebab, di mana dan bila seseorang itu mati.
vegetative statekeadaan vegetatifPerubatanPsikiatriKeadaan apabila seseorang yang koma terlalu lama dan kemudiannya sedar, tanpa mengetahui tentang persekitarannya.
1234

Kembali ke atas