Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.bung.kan] | مڠݢابوڠکن

Definisi : 1. mengikat (mengumpulkan) menjadi satu (seberkas); 2. mencantumkan (menyekutukan) dlm satu kumpulan atau golongan yg lebih besar, menyatukan: langkah-langkah yg diambil utk ~ badan-badan seni patutlah dipergiat lagi; ia mulai ~ semua perusahaan saudagar di bawah satu perbadanan; ~ diri dgn menyekutukan diri dgn, bersatu dgn, menyertai: orang-orang muda diminta ~ diri dgn angkatan bersenjata Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.bung.kan] | مڠݢابوڠکن

Definisi : 1 mengumpulkan sesuatu dan mengikatnya menjadi satu; menyatukan dlm satu ikatan atau berkas: Mak Cik Esah ~ kacang panjang itu secekak-secekak utk dijual. 2 menjadikan bersatu; menyatukan: Kami sedang berusaha hendak ~ semua syarikat kerjasama menjadi satu syarikat kerjasama yg besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggabungkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blendingpengadunanHerbaTiadaProses menggabungkan bahan herba atau kelompok herba yang berlainan untuk menghasilkan bahan perantara atau produk akhir yang homogen. Contohnya, menggabungkan herba misai kucing dengan kacip fatimah atau menggabungkan herba misai kucing dari pelbagai sumber untuk menghasilkan adunan produk herba yang homogen.
paroleparoleKesusasteraanTiadaUsaha menggabungkan bahan bahasa untuk menghasilkan percakapan atau penulisan. Parole penting dalam teori strukturalisme yang mempunyai makna percakapan. Parole diperkenalkan oleh seorang ahli linguistik, Ferdinand de Saussure dengan istilah langue menunjukkan sistem atau aspek keseluruhan bahasa, iaitu semua elemen bahasa seperti tatabahasa dan sintaksis, serta kepelbagaian corak, dalam koleksi bawah sedar manusia yang dikongsi bersama. Oleh sebab langue bertumpu pada apa yang digunakan oleh manusia ketika berfikir dan memberi konsep, maka langue dianggap konsep yang abstrak. Parole pula bertumpu pada apa yang digunakan oleh manusia semasa proses percakapan dan penulisan merupakan konsep yang konkrit.
orchestrationorkestrasiKesenianTiadaCara menggabungkan bunyi pelbagai alat muzik (orkestra) untuk menghasilkan sepaduan dan imbangan yang baik.
integrationintegrasiKesusasteraanTiadaPerihal menggabungkan bahagian-bahagian menjadi satu kesatuan.
capoeiracapoeiraSukanTiadaPergerakan yang menggabungkan seni mempertahankan diri dengan tarian. Sukan ini berasal dari Brazil.
unitykesatuanKesusasteraanTiadaKonsep menghubungkan atau menggabungkan karya sastera supaya menjadi keseluruhan yang sebati dan padu. Dalam drama, konsep penggabungan ini berlaku pada aksi, masa, dan tempat. Gabungan aksi ialah aksi utama tanpa subplot, watak dan latar. Gabungan masa ialah jangka masa sehari semalam, manakala gabungan tempat ialah lokasi yang dapat dikunjungi watak dalam satu hari. Konsep ini pertama kali dibincangkan oleh Aristotle dalam karya Poetics dan dimantapkan sebagai prinsip drama pada tahun 1570. Konsep ini diterima di sesetengah tempat di Eropah. Contohnya di Perancis, konsep ini diguna pakai selama 200 tahun, tetapi di England dan Sepanyol, konsep ini tidak diberikan perhatian. Namun penulis seperti Shakespeare tidak mematuhi konsep ini. Dramatis tersohor ini tidak mengambil kira keperluan atau pentingnya konsep kesatuan ini dalam pengkaryaannya.
satiresatiraKesusasteraanTiadaBentuk sastera yang menggabungkan unsur jenaka dengan unsur kritikal. Bentuk sastera ini memaparkan kebodohan, kelemahan atau kepincangan seseorang individu, golongan dan institusi masyarakat, negara, serta seluruh umat manusia. Satira berbeza dengan komedi biasa dari segi fungsinya. Tujuan satira bukan sekadar untuk menghiburkan, tetapi juga untuk memperbaik dan memperbetul keadaan dengan menggunakan senjata cemuhan, kecaman, dan penghakiman moral. Satira boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut gaya atau objek kritikannya. Satira yang mengkritik secara lembut, bergurau dan berhasrat untuk mendidik dikenali sebagai satira horas. Satira yang menyerang dengan kasar, kejam, penuh kemarahan, dan kecaman dikenali sebagai satira juvenalian. Satira boleh berbentuk puisi atau prosa. Contoh satira berbentuk puisi ditemui dalam karya berjudul Don Juan (1824) oleh penyair Inggeris Byron yang memperolok-olokkan kebodohan gelagat masyarakat kontemporarinya. Contoh satira berbentuk prosa ialah Gulliver�s Travels (1726) oleh Jonathan Swift yang mencemuh keadaan politik di England pada kurun ke-18.
income bondbon pendapataninsuransTiadaKontrak yang menggabungkan insurans hayat dan anuiti yang memberikan bayaran pendapatan untuk tempoh tertentu.
biathlonbiatlonSukanTiadaPermainan musim sejuk yang menggabungkan luncur ski rentas desa dan menembak dengan senapang oleh peserta yang sama.
tragi-comedytragi-komediKesusasteraanTiadaBentuk drama yang menggabungkan ciri, bentuk tragedi, dan komedi. Gabungan termasuklah unsur keterbalikan nasib protagonis daripada tragis kepada gembira. Contoh tragi-komedi ditemui dalam drama The Merchant of Venice oleh Shakespeare.
1234567

Kembali ke atas