Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.li] | مڠݢالي

Definisi : Ph mengorek (kubur); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.li] | مڠݢالي

Definisi : 1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat, mesin, dll (utk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dr dlm tanah, dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dgn menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya utk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.li] | مڠݢالي

Definisi : 1 mengorek tanah supaya berlubang utk membuat perigi dll: Sehari suntuk dia ~ perigi di belakang rumahnya. 2 mengambil sesuatu dr dlm tanah dgn membuat lubang: ~ ubi; ~ emas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggali

Puisi
 

Terang bulan menggali ubi,
     Ubi digali lagi muda;
Kalau tuan tak tahan rugi,
     Janganlah bermain dari mula.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
burrowingpenggalianSains MarinTiadaAktiviti organisma marin yang melakukan aktiviti menggali atau mengorek ke dalam sedimen. Lihat juga organisma penggali.
burrowing organismorganisma penggaliSains MarinTiadaOrganisma infauna yang mempunyai keupayaan menggali ke dalam sedimen. Organisma penggali sangat penting kepada ekosistem bentik kerana aktiviti organisma penggali mempengaruhi kedinamikan, irigasi dan kadar pengoksigenan sedimen. Contohnya, kerang, ikan belacak, siput pepahat, cacing poliket dan lain-lain. Lihat juga biokacauan.
endobenthosendobentosSains MarinTiadaOrganisma bentik (bentos) yang tinggal di dalam sedimen dasar laut, sama ada dengan membina tiub, menggali atau mengorek ke dalam sedimen. Contohnya, pelbagai spesies cacing poliketa dan kerang-kerangan.
underground property damagekerosakan harta bawah tanahinsuransTiadaKerosakan ke atas dawai, saluran air atau paip saluran najis dan lain-lain di bawah permukaan tanah akibat kegunaan alat mekanikal bagi tujuan meratakan tanah, mengubin jalan, menggali, menggerudi, mengisi, mengorek dan menanam cerucuk kayu, besi atau konkrit ke dalam tanah sebagai asas bangunan.

Kembali ke atas