Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.geng.gam] | مڠݢڠݢم

Definisi : 1. memegang dlm genggam (kepalan tangan): ~ pisau; 2. ki menguasai, memerintah: banyak negeri di bawah angin ini yg digenggamnya; ~ rahsia menyimpan rahsia; ~ erat, membuhul mati = memegang erat, ~ teguh prb memegang suatu keputusan dgn tidak berubah lagi; digenggam tiada tiris prb paling hemat dgn wang dll; genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan = jangan digenggam bagai bara, terasa hangat dilepaskan prb memakai barang sesuatu, janganlah ketika senang saja (sia-sia membuat pekerjaan separuh jalan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.geng.gam] | مڠݢڠݢم

Definisi : 1 memegang sesuatu di dlm tangan yg dikepalkan; memegang di dlm genggam: ~ padi. 2 ki menguasai sepenuhnya; memegang kuasa; memerintah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggenggam

Peribahasa

Memegang erat,
     menggenggam teguh.

Bermaksud :

Pendirian yang tetap.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epicondylitisepikondilitisSains SukanBiomekanikRadang tisu kolagen yang berlaku di bahagian distal humerus (lengan). Radang ini dipercayai diakibatkan oleh pergerakan lengan yang berulang-ulang dan penggunaan yang berlebihan. Contohnya, perbuatan menggenggam raket tenis dengan terlalu kuat dan memukul bola tenis berulang-ulang kali sepanjang permainan boleh memberikan tekanan berlebihan kepada otot lengan.
pronationpronasiSains SukanBiomekanikPergerakan sendi radioulnar (sendi di bahagian lengan bawah) yang mengalihkan tangan dari posisi anatomi, pada satah melintang. Pergerakan ini melibatkan putaran tangan yang menghala ke belakang atau ke bawah. Contohnya, kedudukan tangan secara pronasi semasa menggenggam gegelang roman dalam acara gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah melintang. Banding supinasi.
supinationsupinasiSains SukanBiomekanikPergerakan sendi radioulnar (sendi di bahagian lengan bawah) yang mengalihkan tangan ke posisi anatomi, pada satah melintang. Pergerakan ini melibatkan putaran tangan yang menghala ke hadapan atau ke atas. Contohnya, kedudukan tangan secara supinasi semasa menggenggam gegelang roman dalam acara gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah melintang. Banding pronasi.
octastichastabarisKesusasteraanPuisiSesebuah puisi atau sajak yang pembentukannya terdiri daripada lapan baris a b a b a b dan c c. Dalam puisi moden, rima hujungnya adalah bebas, tetapi tidak bebas pada puisi pantun lapan kerat yang lazimnya terikat dengan pola, seperti contoh di bawah. Orang belayar dalam perahu, Haluan menuju ke Batu Bara, Sarat bermuat kain kapas, Kapas dibawa dari barat; Kasih tuan hambalah tahu, Bagai orang menggenggam bara, Rasa hangat tidak dilepas, Begitu benar kias ibarat.

Kembali ke atas