Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.gur.kan] | مڠݢوݢورکن

Definisi : 1. menjatuhkan: risalah-risalah digugurkan dr kapal terbang; 2. mengeluarkan anak sebelum cukup bulan (dgn sengaja): dgn diam-diam anak yg dlm kandungannya digugurkan; 3. mengeluarkan drpd (tidak memasukkan ke dlm) pasukan dll: Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan ~ lima pemain drpd skuad Piala Malaysia Kelantan tahun ini; 4. tidak menggunakan, meniadakan atau menghilangkan (drpd penggunaan): dlm situasi ini tiap-tiap penutur ~ ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan sebaliknya berusaha menggunakan ciri-ciri bahasa yg difikirkan lebih umum; contoh-contoh tersebut memperlihatkan bahawa kata sendi sama ada di, dari, ke, daripada, ataupun oleh tidak boleh digugurkan; 5. tidak meneruskan lagi (tuntutan dsb), tidak terus menuntut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gu.gur.kan] | مڠݢوݢورکن

Definisi : 1 menyebabkan gugur; menjatuhkan: Seekor kera sedang ~ buah jambu ke dlm sungai. 2 sengaja mengeluarkan anak dr kandungan sebelum cukup tempohnya (lalu anak tsb meninggal dunia). 3 tidak dibenarkan utk terus menyertai sesuatu pasukan (pertandingan dll): Pemain itu telah digugurkan drpd pasukannya kerana enggan mengikuti latihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggugurkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
‘aqd isqatahakad pengguguranPerniagaan IslamTiadaAkad untuk menggugurkan sesuatu hak, sama ada berbayar atau tidak. Akad pengguguran tanpa bayaran dikenali sebagai ‘aqd isqat mutlaqah, iaitu akad pengguguran mutlak. Contohnya, pemiutang menggugurkan tanggungan pembayaran hutang yang wajib dibayar oleh penghutang. Akad pengguguran berbayar dikenali sebagai ‘aqd isqat mu‘awadah, iaitu akad pengguguran dengan balasan. Contohnya, pemilik hak shuf‘ah menarik diri daripada memperoleh hak tersebut dengan mengenakan bayaran kepada rakan kongsi.
model relaxationpelonggaran modelPentadbiranTiadaMenggugurkan sekatan-sekatan tertentu dalam sesuatu model.
abridged multiplicationpendaraban tersingkatMatematikTiadaProses mendarab dan menggugurkan nilai-nilai yang tidak mempengaruhi darjah kejituan yang dikehendaki, selepas setiap pendaraban dengan satu digit pendarab.
تدليس التسويةtadlīs taswiyatAgama IslamHadithPerawi yang menggugurkan perawi da’if yang terletak antara dua perawi thiqaṯ yang thabit pertemuan antara kedua-duanya.
تدليس القطعtadlīs qat’Agama IslamHadithPerawi yang menggugurkan lafaz pertalian sanad antara perawi dengan perawi yang lain.
abortgugurPerubatanTiada1. Gugur: Menyekat perkembangan biasa sesuatu penyakit,. 2. Menggugurkan fetus
ibra’ isqatpelepasan gugurPerniagaan IslamTiadaTindakan pelepasan yang dilakukan oleh individu bagi menggugurkan semua atau sebahagian haknya yang ditanggung oleh orang lain. Contohnya, hutang sebanyak RM1 000 telah dibayar RM300. Kemudian, pemiutang melafazkan "Saya gugurkan hutang awak sebanyak RM1 000". Maka dengan itu, gugurlah hutang dan pihak pemiutang boleh menuntut kembali bayaran RM300 yang dibuat dahulu.
evergreenmalar hijauBiologiEkologiBerkaitan dengan tumbuhan yang sentiasa membentuk daun baru dan menggugurkan daun sepanjang tahun. Umumnya hutan tropika merupakan spesies malar hijau.
ibra’ istifa’pelepasan baki bayaranPerniagaan IslamTiadaTindakan pelepasan yang dilakukan oleh individu bagi menggugurkan baki hutang. Contohnya, pemiutang melafazkan "Saya gugurkan baki hutang awak". Maka dengan itu penghutang tidak boleh meminta kembali bayaran yang sebelum ini telah dilunaskan.
evergreenmalar hijauPerhutananPengurusan HutanTumbuh-tumbuhan yang sentiasa berdaun hijau sepanjang tahun dengan mengeluarkan daun muda dan menggugurkan daun tua.
12

Kembali ke atas