Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.da.pi] | مڠهادڤي

Definisi : 1. berada bertentangan (ber­hadapan) dgn, duduk dll dgn muka ke hala sesuatu: di dlm kedai itu duduklah mereka ~ sebuah meja; mereka berdiri beramai-ramai ~ runtuhan rumah yg ditimpa pohon kelapa itu; 2. berjumpa (berhadapan) dgn, bersemuka (dgn): nampak benar takutnya waktu ~ orang banyak itu; 3. menemui atau menem­puh (bencana, bahaya, kesukaran, dll), di­timpa (diancam) oleh, menanggung; ~ per­soalan yg rumit; ~ kesulitan; ~ tuduhan membunuh; ~ maut; 4. melawan, bertanding dgn, menentang: ~ musuh; ~ pasukan lawan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,

Peribahasa

Buta kehilangan tongkat.

Bermaksud :

Menghadapi keadaan yang sukar.

 

Lihat selanjutnya...(31)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
critical periodtempoh kritikalKejururawatanTiadaTempoh masa seseorang menghadapi ancaman kesihatan dan segi fizikal dan psikologi.
reserverizabinsuransTiadaDana yang diasingkan oleh syarikat insurans untuk tujuan menghadapi tanggungjawab apabila sampai masanya. Liabiliti yang diwujudkan untuk tujuan tertentu.
post-traumatic stress disordergangguan tekanan pascatraumaPerubatanPsikiatriGangguan emosi selepas menghadapi tekanan perasaan atau sesuatu peristiwa, seperti kemalangan ngeri, pembunuhan atau dirogol.
utilization behaviourtingkah laku penggunaanPerubatanPsikiatriGangguan pada lobus frontal apabila pesakit menghadapi masalah untuk menghalang dirinya daripada menggunakan objek yang berada dalam lingkungan penglihatan atau jangkauannya.
low-functioning depressionkemurungan fungsi rendahPerubatanTiadaSejenis penyakit murung yang serius sehingga menghadapi masalah untuk melaksanakan tanggungjawab harian seperti tugas di tempat kerja dan kerja rumah.
contingency planningperancangan luar jangkaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPerancangan yang memberikan tumpuan untuk menghadapi sesuatu masalah dalam tempoh yang singkat dan kos yang minimum.
safe districtkawasan selamatSains PolitikPolitik PerbandinganWilayah yang dianggap berada dalam keadaan selamat dan tidak menghadapi masalah politik atau keganasan. Kawasan seperti ini memperlihatkan hubungan kaum yang baik, kadar jenayah yang rendah dan kedudukan persaingan politik yang minimum. Kawasan ini juga bebas daripada sebarang gerakan subversif seperti cubaan pemberontakan dan gerakan pemisah. Contohnya, Vatican City merupakan kawasan selamat di Itali. Sinonim kawasan aman.
cyber resiliencekebingkasan siberTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKemampuan organisasi untuk berdaya tahan dan bertindak pantas dalam menghadapi dan memulihkan perniagaan daripada serangan siber.
defensive copingkendalian defensifKejururawatanTiadaTindakan membela diri oleh pesakit kerana tidak menerima kenyataan bahawa ia sebenarnya menghadapi masalah kesihatan.
coalitioncampuranSains PolitikPolitik PerbandinganGabungan beberapa puak, kelompok, organisasi atau parti yang membentuk satu unit politik bagi menghadapi atau mencapai sesuatu matlamat sepunya seperti membentuk kerajaan, menghalang ancaman musuh atau mengurangkan konflik sesama mereka. Fenomena gabungan biasanya wujud dalam sistem Parlimen moden apabila tidak ada satu parti tunggal yang berjaya mendapat majoriti yang jelas bagi membentuk kerajaan selepas pilihan raya. Kestabilan gabungan amat bergantung kepada rundingan dan bentuk pengagihan kuasa yang dipersetujui. Gabungan juga wujud dalam konteks hubungan antarabangsa khususnya kuasa-kuasa besar seperti yang pernah berlaku sewaktu Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Secara amnya gabungan mempunyai tiga bentuk yang utama iaitu yang bersifat sementara bagi mencapai matlamat segera, yang bersifat jangka masa tertentu dan gabungan yang berbentuk konkrit bagi satu tempoh yang lama. Contohnya, Barisan Nasional merupakan gabungan beberapa parti politik yang membentuk kerajaan Malaysia.
1234

Kembali ke atas