elevation | elevasi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan anggota badan yang menghala ke atas pada satah frontal. Contohnya, pergerakan skapula (tulang bahu) yang menghala ke atas semasa latihan mengangkat bebanan. Lihat juga satah frontal. Banding depresi. |
depression | depresi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan anggota badan yang menghala ke arah bawah pada satah frontal. Contohnya, pergerakan skapula (tulang bahu) yang menghala ke bawah semasa latihan mengangkat bebanan. Lihat juga satah frontal. Banding elevasi. |
dextroduction | dekstroduksi | Sains Kesihatan | Tiada | Putaran satu mata menghala ke kanan yang bebas daripada aktiviti mata yang satu lagi. |
infraduction | infraduksi | Sains Kesihatan | Tiada | Putaran satu mata menghala ke bawah yang bebas daripada aktiviti mata yang satu lagi. |
infravergence | infravergens | Sains Kesihatan | Tiada | Putaran satu mata menghala ke bawah dari kedudukan mata yang satu lagi. |
levoduction | levoduksi | Sains Kesihatan | Tiada | Putaran satu mata menghala ke kiri yang bebas daripada aktiviti mata yang satu lagi. |
supraduction | supraduksi | Sains Kesihatan | Tiada | Putaran satu mata menghala ke atas yang bebas daripada aktiviti mata yang satu lagi. |
supravergence | supravergens | Sains Kesihatan | Tiada | Putaran satu mata menghala ke atas. |
depression | depresi | Sains Kesihatan | Tiada | Pergerakan mata atau muka menghala ke atas. |
dextroversion | dekstroversi | Sains Kesihatan | Tiada | Putaran serentak dua mata menghala ke kanan. |