Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.sil.kan] | مڠحاصيلکن

Definisi : 1. mendatangkan (menge­luar­­kan, memberikan) hasil: Asia Tenggara ~ bijih timah yg banyak sekali di dunia; 2. mencipta (sesuatu): bagi ~ bunyi sesuatu jirim itu mestilah bergetar; ia seorang pengarang yg ~ lebih drpd 20 buah cerita pendek; 3. mengakibatkan; 4. menyebabkan (berhasil), membuahkan: pertemuan mereka yg per­tama itu telah ~ rasa cinta di dalam sanubari masing-masing; ketekunanlah yg telah ~ usahanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.sil.kan] | مڠحاصيلکن

Definisi : 1 mendatangkan hasil; mengeluarkan hasil: Australia ~ kira-kira satu pertiga drpd jumlah eksport bulu biri-biri di dunia. 2 mencipta sesuatu: Beliau telah ~ lebih drpd dua puluh buah cerita pendek. 3 mendatangkan sesuatu kebaikan dll; membuahkan: Perkenalan itu telah ~ satu perhubungan yg mesra. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
isometric contractionpenguncupan isometrikSains SukanBiomekanikPenguncupan yang tidak melibatkan perubahan pada panjang otot. Penguncupan ini menghasilkan daya tetapi tidak menghasilkan pergerakan. Contohnnya, dalam acara larian pecut, semua otot pelari mengalami penguncupan isometrik ketika mengawal postur antara tempoh �bersedia� dengan tembakan pelepas.
electron gunsenapang elektronFizikNanoteknologiStruktur elektrod yang menghasilkan alur elektron di samping mampu mengawal, memfokus dan memesongkan alur tersebut seperti pada tiub televisyen dan monitor yang menggunakan teknologi tiub sinar katod. Senapang elektron terdiri daripada dua bahagian, iaitu katod panas yang menghasilkan alur elektron dan elektrod yang menghasilkan medan elektrik untuk memecut elektron tersebut ke anod. Senapang elektron digunakan untuk pemendapan filem tipis dan juga dalam litografi alur elektron.
crossbreedingpengacukanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah pembiakan untuk menghasilkan anak atau keturunan dengan mengawankan dua spesies atau baka yang berbeza. Pengacukan ini bertujuan untuk menghasilkan satu baka baharu dengan ciri terbaik yang diwarisi daripada baka induk.
timingpemasaanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMasa untuk menghasilkan cucuhan bunga api atau melakukan pembukaan injap yang berhubung dengan kedudukan omboh di dalam silinder, untuk menghasilkan lejang kuasa.
chemical vapour depositionpemendapan wap kimiaFizikNanoteknologiProses kimia yang digunakan untuk menghasilkan bahan pejal tulen dan berprestasi tinggi. Satu lapisan substrat didedahkan kepada satu atau beberapa cecair atau gas mudah meruap yang mendorong tindak balas kimia yang kemudiannya mendap dan menghasilkan lapisan filem tipis di atas substrat tersebut. Kaedah ini biasa digunakan dalam industri semikonduktor untuk menghasilkan filem tipis.
scanning electron microscope (SEM)mikroskop elektron pengimbasan (SEM)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanAlat pengimejan untuk menghasilkan imej sampel dengan mengimbas permukaan menggunakan alur elektron yang terfokus, menghasilkan pelbagai isyarat yang mengandungi maklumat topografi permukaan, saiz dan bentuk sampel
fecundityfekunditiPerikananAkuakulturTahap atau keupayaan seekor induk betina untuk menghasilkan telur. Fekunditi berkait rapat dengan saiz dan berat badan induk betina tersebut. Induk betina yang lebih besar akan menghasilkan telur yang lebih banyak.
chokepencekikKejuruteraan AutomotifEnjinPlat atau injap dalam karburetor yang terbuka secara manual atau automatik ketika menghidupkan enjin sejuk. Pencekik beroperasi dengan mengecilkan laluan udara yang melalui hon udara sehingga menghasilkan ruang vakum separa dalam karburetor dan menghasilkan campuran lebih. Keadaan ini mengehadkan pengaliran udara dan menghasilkan tekanan separa vakum di belakang injap yang menyebabkan pengaliran bahan api bertambah lalu mewujudkan campuran lebih. Pencekik ini akan terbuka secara automatik apabila enjin menjadi panas. Sinonim plat cekik.
blueprintingproses blueprintKesenianHiasan DalamanProses mencetak semula lukisan asal. Proses ini membolehkan pelukis pelan yang menghasilkan pelan, lukisan terperinci dan semua jenis lukisan yang dilukis di atas kertas surih menghasilkan seberapa banyak kepingan lukisan yang disukai untuk kegunaan pembinaan. Lukisan asal disimpan di suatu tempat yang terkawal bagi menjaga kualiti, memudahkan rujukan atau membuat pembetulan.
combining abilitykemampuan bergabungPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKemampuan gen daripada induk jantan dan betina untuk bergabung semasa proses persenyawaan bagi menghasilkan anak yang bermutu. Kemampuan bergabung menghasilkan anak yang bermutu kesan daripada gen dominan.
12345678910...

Kembali ke atas