jar | menghentam | Kejuruteraan | Petroleum | Mengenakan hentaman yang kuat ke atas batang paip dengan menggunakan bebalang yang diturunkan ke dalam lubang gerudi. Dilakukan bagi melonggarkan atau melepaskan batang paip yang terjepit di dalam lubang gerudi. |
bombard | membedil;menghentam | Fizik | Tiada | Tiada |
bombard | membedil;menghentam; bombard | Kesenian | Tiada | 2. Bombard: Saiz bes keluarga shawm. |
bombard | membedil;menghentam | Kejuruteraan | Tiada | 1. Membedil: Menghalakan arus zarah bertenaga ke sasaran. |
Izod test | ujian Izod | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Ujian hentaman menggunakan bandul berayun yang menghentam spesimen bertakuk. Spesimen dipasang menegak dan dikapit di bahagian bawahnya dengan hujung atasnya bebas. Takukan pada spesimen dipasang menghadap arah bandul mula dilepaskan. Ujian hentaman merujuk kepada satu ayunan bandul sahaja. Tinggi ayunan bandul selepas hentaman dijadikan ukuran tenaga yang diserap dan menunjukkan kekuatan bahan spesimen. Ujian ini hampir serupa dengan ujian Charpy, hanya berbeza spesifikasi spesimen corak. |
impaction | penghentaman | Farmasi | Farmaseutik | Kaedah dalam proses pengecilan saiz partikel. Kaedah ini menggunakan tukul bersiri yang menghentam sesuatu bahan yang bersifat rapuh sehingga mencapai saiz partikel yang dikehendaki. Lihat juga pengisar tetukul. |
impingement separator | pemisah hentaman | Kejuruteraan | Tiada | Peranti kawalan pencemaran udara yang menyingkirkan zarah daripada aliran gas apabila zarah tersebut menghentam dan melekat pada plat semasa perubahan arah gas. |
Duane and Hunt law | hukum Duane dan Hunt | Kejuruteraan | Tiada | Hukum yang mengatakan bahawa tenaga sinar x yang dipancarkan oleh elektron yang menghentam sasaran tidak boleh melebihi tenaga elektron itu. |
waterfall | air terjun | Landskap | Tiada | Air yang mengalir dan jatuh dari tempa! tinggi seperti bukit, gunung, bangunan dan sebagainya. Air ini mengeluarkan bunyi yang kuat apabila menghentam takungan air di bawahnya. |
powder diffraction camera | kamera belauan serbuk | Fizik | Moden | Kamera yang terdiri daripada silinder logam yang mempunyai tingkap tempat alur sinar-X yang diketahui panjang gelombangnya dipancarkan untuk menghentam sampel serbuk halus yang diletakkan di pusat silinder. Satah hablur serbuk ini akan membelaukan alur sinar-X pada pelbagai sudut dan direkodkan pada filem fotografik di dalam silinder tersebut. Kamera ini digunakan untuk mengkaji struktur hablur. |