Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hias] | مڠهياس

Definisi : menjadikan sesuatu lebih cantik atau elok (dgn barang yg indah-indah, gambar, solekan, dll): orang perempuan spt Cik Mahaya ini, memang pintar ~ kamar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hias] | مڠهياس

Definisi : menjadikan sesuatu lebih cantik (dgn barang yg indah-indah, gambar dll): Dia ~ biliknya dgn gambar dan kertas yg berwarna-warni. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menghias


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
icingaisingPentadbiran PerniagaanTiadaBahan untuk menghias lapisan luar kek.
food platingpenataan makananPentadbiran PerniagaanTiadaProses menyusun dan menghias makanan dalam pinggan mengikut cara tertentu bagi menyerlahkan persembahan sesuatu jenis makanan sebelum dihidangkan.
bandingpenjalurKesenianHiasan DalamanKepingan kayu yang dijadikan jalur nipis yang digunakan untuk menghias sesuatu permukaan bagi membezakan warna dan ira kayu pada permukaan venir. Biasanya digunakan sebagai hiasan pada perabot.
nozzlemuncung; nozelPentadbiran PerniagaanTiadaNozel: Tiub aising yang diletakkan di dalam beg aising untuk menghias kek.
mouldingbingkaiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKerangka yang diperbuat daripada logam bersadur plastik atau getah untuk menghias, menutup bahagian yang renggang, dan mengelakkan kebocoran.
finishingpenyudahKesenianHiasan DalamanProses akhir yang dilakukan bagi memastikan sesuatu pekerjaan kelihatan lebih kemas. Contohnya proses yang digunakan untuk menyiapkan hasil kerja seperti penamat kayu iaitu proses menghias atau melindungi permukaan kayu tersebut.
anubiasanubiasPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan timbul yang tumbuh di celah-celah batu dan tunggul kayu di kawasan air terjun. Anubias yang berasal dari Amerika Selatan ini sering digunakan untuk menghias akuarium. Jenis-jenis anubias termasuklah Anubias afzelii, Anubias barteri var. angustifolia dan Anubias barteri var. barteri.
Echinodorus sp.Echinodorus sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang berasal dari Amerika Selatan. Echinodorus sp. kebiasaannya tumbuh di kawasan paya. Tangkai daun dan bunga Echinodorus sp. tumbuh dari bahagian tuber atau akar. Daunnya pula bersaiz lebar dan berbentuk bulat atau bujur. Setiap tangkai bunganya mempunyai kelompok-kelompok bunga berwarna putih. Echinodorus sp. juga dikenali sebagai orkid air yang sering digunakan untuk menghias akuarium. Antara jenis Ecinodorus sp. ialah Echinodorus angustifolius, Echinodorus amazonicus, Echinodorus argentinensis, Echinodorus berteroi dan Echinodorus bleheri.
Cryptocoryne sp.Cryptocoryne sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul. Cryptocoryne sp. ini terdapat di Malaysia dan tumbuh di kawasan paya, dalam sungai dan kawasan air terjun. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai tuber yang juga merupakan tempat tumbuhnya daun. Salah satu keistimewaan tumbuhan ini ialah bunganya berbentuk seperti trompet. Cryptocoryne sp. ini juga merupakan antara tumbuhan yang sering digunakan untuk menghias akuarium. Antara contoh Cryptocoryne sp. ialah Cryptocoryne affinis, Cryptocoryne albida, Cryptocoryne becketii, Cryptocoryne ciliata dan Cryptocoryne cordata.

Kembali ke atas