Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.him.pit] | مڠهيمڤيت

Definisi : 1. menindih (menekan dll) dgn barang yg berat, mengapit, menyesak: nasi itu kemudiannya dihimpit dgn lesung batu utk memadatkannya; pd perasaannya bumi ini hendak ~ dia; 2. ki menekan (dlm erti kiasan), mengasak, menyusahkan: kemiskin­an ~ kehidupan keluarganya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.him.pit] | مڠهيمڤيت

Definisi : 1 menindih dgn sesuatu yg berat; menekan dr kedua-dua belah sisi; mengapit; menyepit: Budak itu pengsan dihimpit oleh orang ramai. 2 ki menekan; menindas; menyusahkan: Penderitaan yg dirasainya kian ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
himpit
Kata Terbitan : berhimpit-himpit, menghimpit, terhimpit, himpitan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
squishskuisyKejuruteraan AutomotifEnjinRuang dalam kebuk pembakaran pada sesetengah enjin yang ombohnya menghimpit sebahagian campuran udara-bahan api pada penghujung lejang mampatan. Ketika omboh mendekati pusat takat terakhir atas, campuran tersebut tertolak keluar dari ruang himpitan. Keadaan ini menghasilkan gelora yang menyebabkan campuran udara-bahan api lebih sempurna, seterusnya pembakaran lebih cekap terhasil.
coil spring clutchcekam pegas gegelungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCekam yang menggunakan pegas gegelung untuk plat tekanan menghimpit cakera geseran ke roda tenaga.
diaghragm spring clutchcekam pegas gegendangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCekam yang menggunakan pegas gegendang untuk plat tekanan menghimpit cakera geseran ke roda tenaga.

Kembali ke atas