Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.bung.kan] | مڠهوبوڠکن

Definisi : 1. menjadikan berhu­bung­an (berangkaian, bersambungan), me­nyam­­bungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memper­hubung­kan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhu­bung­kan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn seke­luarga orang perantauan lain; 4. menjadi­kan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.bung.kan] | مڠهوبوڠکن

Definisi : 1 menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2 menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3 mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertali­kan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cord circuitlitar tali kordKejuruteraanTiadaLitar sambungan sementara yang digunakan oleh operator untuk menghubungkan pelanggan, atau menghubungkan pelanggan dengan talian samping.
daisy chainrantai daisiKejuruteraanTiada1. Sistem peranti yang terhubung kepada suatu pengawal dengan kaedah yang melibatkan seutas kabel menghubungkan suatu peranti kepada pengawal, dan seutas kabel lain menghubungkan peranti ini dengan peranti yang kedua, dan kabel ketiga menghubungkan suatu peranti lain dengan peranti yang ketiga, dan seterusnya.,2. Menghubungkan peralatan dengan menggunakan kaedah rantai daisi.,3. Suatu kaedah pengutamaan sampukan.,4. Suatu kaedah menyebarkan isyarat di sepanjang bas.
omentumomentumPerubatanTiadaPeritoneum dwilapisan yang menghubungkan dua organ di dalam rongga abdomen, terutamanya lapisan yang menghubungkan gaster dengan organ lain.
energy equationpersamaan tenagaKimiaTiadaPersamaan Planck yang menghubungkan tenaga dengan frekuensi cahaya, atau persamaan Einstein yang menghubungkan tenaga dengan jisim bahan.
radiusjejariMatematikTiada1. Sebarang garis yang menghubungkan pusat dengan titik pada sesuatu bulatan atau sfera. 2. Panjang garis yang menghubungkan pusat dengan titik pada sesuatu bulatan atau sfera. Lihat juga bulatan.
diameterdiameterMatematikTiada1. Sebarang garis yang menghubungkan dua titik pada bulatan atau sfera dan juga melalui pusat bulatan atau sfera berkenaan. 2. Panjang garis yang menghubungkan dua titik pada bulatan atau sfera dan juga melalui pusat bulatan atau sfera berkenaan.
accessory ligamentligamen aksesoriVeterinarPraklinikalLigamen yang menghubungkan sepasang ligamen. Ligamen aksesori ini menguatkan lagi pasangan ligamen yang dihubungnya. Contoh ligamen aksesori ialah ligamen aksesori karpus yang menghubungkan sepasang ligamen fleksor digit dalam.
gutsalur; tali perut; gutGeologiTiada1. Alur atau laluan yang sangat sempit yang menghubungkan dua jasad air.,2. Sungai pasang surut yang menghubungkan dua jalan air yang lebih besar.
Reimann-Cauchy conditionkeadaan Reimann-CauchyKejuruteraanKejuruteraan KimiaKeadaan yang menghubungkan fungsi arus Lagrange dan keupayaan halaju bagi aliran tak berputar dua matra (dalam arah paksi x dan y) yang dijelaskan sebagai dan dengan f = keupayaan halaju, y = fungsi aras Lagrange, x, y = jarak dalam arah x dan y. Keadaan ini menandakan terdapatnya keupayaan halajuyang kompleks w(z) dalam pengaliran sesuatu bendalir yang dijelaskan sebagai w(z) = f + jy, yang menghubungkan konsep keupayaan halaju dan fungsi arus.
shortest distancejarak terpendekMatematikTiadaJarak yang paling kecil di antara dua titik. Dalam ruang bermatra tiga, jarak terpendek di antara dua titik merupakan panjang tembereng garis lurus yang menghubungkan dua titik itu. Pada permukaan sfera, jarak terpendek di antara dua titik merupakan panjang lengkok yang menghubungkan kedua-dua titik ini mengikut bulatan agung yang melalui titik tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas