Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ng.iÖ.lan.kan]/[me.ngik.lan.kan] | مڠيعلانکن

Definisi : memperkenalkan sesuatu kpd umum melalui iklan, memberitahukan sesuatu menerusi iklan (dlm surat khabar, majalah, dsb): ia membeli ubat yg diiklankan dlm surat khabar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ng.iÖ.lan.kan]/[me.ngik.lan.kan] | مڠيعلانکن

Definisi : memberitahukan sesuatu kpd orang ramai dgn iklan (di surat khabar dsb); mengumumkan sesuatu kpd orang ramai: Mereka ~ barang-barang buatan mereka di surat khabar dan di televisyen juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iklan (kata nama)
Bersinonim dengan pengumuman, pelekat, risalah, poster, promosi, papan tanda;,
Kata Terbitan : mengiklankan, pengiklanan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
advertising filmfilem iklanKomunikasiTiadaFilem yang dihasilkan untuk mengiklankan sesuatu barangan atau perkhidmatan.
bait pricingpenentuan harga umpanPentadbiranTiadaAmalan pengiklanan yang mengiklankan sesuatu keluaran pada harga rendah dengan harapan pembeli akan terdorong untuk masuk ke kedai dan turut membeli barang-barang lain.
prospectusprospektusSejarahTiadaSurat atau buku yang disiarkan untuk menyenaraikan butir-butir dan mengiklankan sesuatu seperti aturan insurans atau penubuhan syarikat baru.
point-of-purchase advertisementiklan di tempat belianKomunikasiKorporatBahan pameran atau bahan peragaan yang digunakan untuk mengiklankan sesuatu barangan atau perkhidmatan di dalam atau di sekitar kawasan penjualan barangan. Bahan pameran yang digunakan boleh terdiri daripada poster, sepanduk, bahan peragaan tingkap, peragaan lantai, peragaan dinding atau kios elektronik. Bahan pameran tersebut biasanya berfungsi untuk mempengaruhi keputusan pengguna supaya mendapatkan barangan tersebut setelah mereka didedahkan dengan maklumat awal barangan berkenaan di media cetak dan media elektronik. Apabila bakal pelanggan berkunjung ke tempat jualan, sekali lagi pelanggan akan terdedah dengan maklumat barangan melalui peragaan dan pameran di tempat tersebut.
free standing insertssisipan bebas siaranKomunikasiKorporatKaedah pengiklanan percuma yang terdapat dalam ruang media cetak untuk mengiklankan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Perkara yang perlu dilakukan oleh agensi pengiklanan adalah menyediakan bahan pengiklanan yang lengkap yang sentiasa sedia untuk disiarkan dan diterbitkan pada masa diperlukan. Kaedah ini biasa diamalkan dan ternyata berjaya dalam meningkatkan jumlah pelanggan.
split pagehalaman sisihKomunikasiTiadaHalaman yang mengandungi gambar-gambar dan keterangan yang lazimnya digunakan oleh pengiklan untuk mengiklankan barangan dan perkhidmatan mereka.
preferred positionletak istimewaKomunikasiKorporatBahagian atau ruang dalam media cetak yang menjadi pilihan utama pihak pengiklan untuk mengiklankan barangan atau perkhidmatan. Kedudukan iklan ini perlu ditempah dan dibayar lebih awal bagi memastikan ruang tersebut diperoleh. Tujuan pembayaran lebih awal adalah untuk membolehkan pengiklan menentukan halaman dan bahagian tertentu dalam sesuatu halaman penerbitan. Pemilihan ini hanya dilakukan setelah pengiklan bersetuju membayar kos ruang melebihi 10% hingga 50% daripada kadar biasa. Matlamat utama pemilihan ini dibuat adalah untuk memastikan iklan yang disiarkan dapat menjangkau khalayak yang disasarkan. Contohnya, pengiklan menempah kedudukan iklan untuk barangan sukan di halaman sukan dalam sesebuah akhbar. Sinonim kedudukan penuh.
brand shareperkongsian jenamaKomunikasiKorporatStrategi penggalakan pemasaran pelbagai barangan yang bernaung di bawah satu jenama. Contohnya, dengan mengiklankan syarikat A, khalayak pada masa yang sama dapat mengaitkan pelbagai jenis barangan yang bernaung atau diedarkan di bawah jenama A. Tujuan perkongsian jenama adalah untuk mengurangkan risiko kegagalan pemasaran, di samping mengekalkan risiko kegagalan pemasaran di samping mengekalkan atau meningkatkan pasaran barangan atau perkhidmatan.
advertising sponsorshiptajaan iklanEkonomiTiadaTajaan sesebuah syarikat dengan bayaran tertentu bagi sesuatu program atau acara, biasanya program amal dengan tujuan mengiklankan syarikat.
advertising sponsorshiptajaan iklanKomunikasiTiadaTajaan sesebuah syarikat dengan bayaran tertentu bagi sesuatu program atau acara, biasanya program amal dengan tujuan mengiklankan syarikat.
12

Kembali ke atas