transient global amnesia | amnesia global sementara | Perubatan | Psikiatri | Kehilangan upaya untuk mengimbas kembali sesuatu peristiwa atau mengingati maklumat baharu secara tiba-tiba. |
password fatigue | lesu kata laluan | Umum | Tiada | Perasaan tidak selesa yang dialami oleh seseorang apabila perlu mengingati banyak kata laluan. |
self cueing strategy | strategi swakiu | Sains Kesihatan | Tiada | Teknik terapi yang melibatkan pesakit mempunyai kiu sendiri untuk mengingati sesuatu. |
confusion | kekeliruan | Perubatan | Psikiatri | Keadaan yang dicirikan oleh kecelaruan fikiran secara tiba-tiba sehingga menyebabkan pesakit tidak dapat mengingati tempat, masa dan tidak mengenali orang lain. |
acute confusion | keliru akut | Kejururawatan | Tiada | Keadaan yang dicirikan oleh kecelaruan fikiran secara tiba-tiba hingga menyebabkan pesakit tidak dapat mengingati tempat, masa dan tidak mengenali orang. |
cognitive modelling | pemodelan kognitif | Pendidikan | Tiada | Proses yang melibatkan tindakan dan bahasa dalam menyempurnakan sesuatu tugasan serta menjelaskan proses mental yang menunjukkan tugasan tersebut dipelajari. Contohnya, seseorang perlu membuat pemerhatian, pemahaman dan mengingati sesuatu. |
old comedy | komedi lama | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama yang bercirikan kepestaan, bernada lucu dan lucah. Drama ini muncul di Athens pada kurun ke-15, mempersendakan individu yang masih hidup dalam bentuk satira topikal menggunakan korus bertopeng dan berkostum yang menggerunkan. Drama ini berkembang daripada persembahan dan upacara meningkatkan kesuburan alam dan manusia bagi mengingati Dewa Dionysius. Aristophanes merupakan penulis komedi lama yang masyhur. Antara karyanya yang terkenal ialah The Clouds, The Knights, dan The Frogs. Banding komedi baru. |