postcolonial criticism | kritikan pascakolonial | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang mengkaji kesan penjajahan terhadap sejarah, politik, sistem nilai dan kebudayaan masyarakat yang pernah dijajah. Kritikan ini mengkaji kesan berteraskan aliran pascakolonialisme. Selain mengkaji kesan penjajahan, kritikan pascakolonial juga menawarkan perspektif dan kaedah analisis alternatif kepada wacana perdana penjajah berdasarkan sudut pandangan yang dijajah. Wacana penjajah biasanya mengagungkan peradaban Barat dan merendahkan tamadun lain, khususnya Timur. Proses wacana penjajah ini dikenali sebagai representasi yang tidak seimbang. Kritikan pascakolonial menawarkan wacana balikan yang mendedahkan struktur kuasa yang memungkinkan dan mengabsahkan dakwaan dalam wacana kolonial tersebut seperti yang dihuraikan oleh Edward Said dalam bukunya berjudul Orientalism (1978). Seterusnya, kritikan pascakolonial mengkaji struktur kuasa pemerintah selepas era penjajahan seperti dalam esei penulis dan pengkritik Nigeria, Chinua Achebe. Lihat juga orientalisme. |
cyclic voltammetry | voltammetri berkitar | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah elektrokimia bagi mengkaji perubahan keupayaan pada suatu elektrod yang melibatkan sapuan keupayaan secara ulang-alik. Kaedah ini sesuai untuk mengkaji sama ada suatu tindak balas redoks itu berbalik atau tidak. |
nanopiezotronics | nanopiezotronik | Fizik | Nanoteknologi | Bidang yang mengkaji gabungan kesan piezoelektrik dan sifat semikonduktor nanowayar dan nanojalur untuk mereka bentuk dan pemfabrikasian peranti elektronik dan komponen seperti transistor kesan medan dan diod. |
aerodynamics | aerodinamik | Fizik | Tiada | Ilmu yang mengkaji gerakan udara (gas) khususnya mengenai daya yang bertindak ke atas sesuatu objek yang bergerak di udara. |
microfluidics | mikrobendalir (ilmu) | Fizik | Nanoteknologi | Bidang yang mengkaji ciri bendalir pada skala mikro yang berbeza dengan ciri pada skala makro. Ciri ini termasuklah ketegangan permukaan, pelesapan tenaga dan kelikatan bendalir. Bidang ini penting dalam pembuatan alat automatik operasi kimia yang bersaiz kecil. Dalam bidang perubatan, kajian ini digunakan untuk memindahkan sel dari satu tempat ke tempat lain menggunakan saluran berisi cecair. |
nanoscience | nanosains | Fizik | Nanoteknologi | Subbidang sains yang mengkaji fenomena yang berkaitan dengan struktur atau bahan berskala nanometer. Struktur nanometer telah wujud secara tabii seperti DNA dan permukaan sayap kupu-kupu, atau yang dihasilkan secara teknologi seperti nanotiub karbon dan nanozarah. |
victimology | viktimologi | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bidang yang mengkaji secara saintifik, yang melibatkan pelbagai disiplin ilmu, iaitu kajian tentang semua aspek yang berkaitan dengan mangsa jenayah, penyebab dan akibat pemangsaan jenayah. Bidang ini meliputi kajian tentang mangsa jenayah serta pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan mangsa jenayah. Bidang ini termasuklah kajian tentang mangsa pelanggaran hak asasi, salah guna kuasa, konflik kemanusiaan dan bencana. |
criminology | kriminologi | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bidang yang mengkaji secara saintifik yang melibatkan pelbagai disiplin ilmu, iaitu kajian tentang jenayah dan tingkah laku melencong. Bidang ini meliputi kajian tingkah laku penjenayah, penyebab jenayah, akibat jenayah, termasuklah juga pencegahan jenayah serta sistem pengadilan jenayah. |
dietetic | dietetik | Sains Kesihatan | Tiada | Bidang ilmu yang mengkaji diet atau pemakanan untuk individu atau masyarakat mengikut pelbagai keadaan, kesihatan atau penyakit. |
molecular electronics | elektronik molekul | Fizik | Nanoteknologi | Bidang yang mengkaji penggunaan bahan molekul organik atau polimer secara sistematik untuk pemfabrikasian peranti elektronik. Contohnya, pengaplikasian dalam diod pemancar cahaya polimer, sensor polimer konduktif dan plastik piroelektrik. |