content curation | kurasi kandungan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses mencari, menemui, mengumpul, mempersembahkan dan mengongsi bahan pembelajaran digital yang berkaitan subjek atau topik tertentu. |
learning object repository (LOR) | repositori objek pembelajaran (LOR) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perpustakaan digital yang menyimpan, mengurus dan mengongsi sumber pembelajaran atau objek pembelajaran. Objek-objek ini berbentuk kuiz, persembahan slaid, imej, klip video, dokumen atau fail yang digunakan sebagai bahan pembelajaran dan kandungan kursus bagi pembelajaran dalam talian. |
class consciousness | kesedaran kelas | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perasaan sepunya yang wujud dalam kelompok kelas masyarakat yang membentuk identiti yang khusus. Kesedaran ini timbul apabila kelompok tertentu merasai dan mengongsi pengalaman yang sama seperti ditindas, kemiskinan dan serba kekurangan berbanding dengan kelompok lain. Melalui kesedaran ini, golongan tersebut boleh membentuk kesepaduan dan berjuang membela kepentingan untuk memperbaik taraf hidup serta hubungan sosial mereka. Sesuatu kelas akan menjadi lebih bermakna dalam sistem itu, hanya apabila mereka mempunyai kesedaran ini. Golongan pekerja bawahan yang sentiasa mendesak pihak majikan atau kerajaan supaya memperbaik taraf kehidupan mereka dilihat sebagai satu kelompok yang mempunyai kesedaran kelas. Konsep ini diutarakan oleh Karl Marx dalam kajian beliau berhubung dengan fenomena kelas dalam sistem kapitalis. |
egalitarianism | egalitarianisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang mahukan persamaan hak, taraf dan kedudukan terhadap semua anggota sama ada dari sudut pemilikan harta mahupun tanggungjawab. Fahaman ini selalu dikaitkan dengan kehidupan di desa zaman tradisional yang menggambarkan anggota komuniti yang hidup ringkas, kenaI antara satu dengan lain, saling tolong-menolong, bergotong-royong dan mengongsi sama sumber asli dan sumber kekayaan yang ada. Fahaman ini dibawa ke zaman moden sebagai usaha mengurangkan perbezaan miskin kaya dan sekali gus menolak fahaman kapitalisme yang memberi kelebihan kepada kelas pemodal. |