Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.kur] | مڠوکور

Definisi : 1. mencari luas (besar, lebar, dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat, me-nyukat: maka sebentar-sebentar diukurnya bayang-bayang itu; 2. ki menilai dgn mem-bandingkannya dgn yg lain, mencuba, menguji, memeriksa: dr jalan rayalah dapat dipandang gelagat lelaki dan dapat diukur perangai lelaki; mak tidak harus ~ segala-galanya drpd pandangan diri mak sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.kur] | مڠوکور

Definisi : 1. mengeruk atau mengikis (isi kelapa) dgn kukuran: isterinya sedang ~ kelapa di dapur; 2. menggaru-garu atau mencakar-cakar (kulit dll) kerana gatal: ia ~ tangannya yg digigit nyamuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.kur] | مڠوکور

Definisi : 1 mencari luas (lebar, besar dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat tertentu; menyukat. 2 menilai dgn membandingkannya dgn yg lain; memeriksa dan menentukan keadaan: Engkau jangan ~ kekayaanku dgn kekayaan datukmu. ~ jalan ki berjalan ke hulu ke hilir di jalan raya tanpa tujuan tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ngu.kur] | مڠوکور

Definisi : mengeruk isi kelapa dgn menggunakan kukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ukur (kata nama)
Bersinonim dengan sukat, takar;,
Kata Terbitan : seukur, mengukur, ukuran, pengukur,

Peribahasa

Menimbang (= mengati) sama berat,
     mengukur sama panjang.

Bermaksud :

Hukuman yang tiada berat sebelah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
densitometerdensitometerKimiaKimia AnalisisAlat untuk mengukur ketumpatan optik dengan mengukur cahaya yang terpancar atau cahaya yang dibalikkan.
dynamometerdinamometerKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti yang digunakan untuk mengukur kuasa yang sedia an ada daripada enjin untuk melakukan kerja. Terdapat dua jenis dinamometer, iaitu dinamometer enjin yang mengukur kuasa yang dihasilkan pada roda tenaga, manakala dinamometer casis mengukur kuasa pada roda pemacu. Peranti ini digunakan untuk memantau keadaan pemanduan sebenar, mengukur pancaran ekzos dan untuk tujuan diagnosis.
spectrophotometerspektrofotometerNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanAlat yang digunakan untuk mengukur cahaya yang diserap oleh sampel. Teknik spektrofotometer kebanyakannya digunakan untuk mengukur kepekatan zarah (zat terlarut) dalam larutan sampel, dengan mengukur cahaya yang diserap oleh zarah larutan dalam kuvet yang diletakkan dalam spektrofotometer. Spektrofotometer terdiri daripada spektrometer dan fotometer.
exhaust-gas analyserpenganalisis gas ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinPeralatan yang digunakan untuk mengukur jumlah bahan pencemar yang terdapat dalam gas ekzos yang dihasilkan oleh enjin. Terdapat beberapa jenis peralatan bergantung pada bilangan bahan pencemar yang diukur. Contohnya, penganalisis jenis dua gas boleh mengukur kandungan gas hidrokarbon dan karbon monoksida, manakala penganalisis jenis empat gas boleh mengukur gas hidrokarbon dan karbon monoksida bersama- sama dengan gas oksigen dan karbon dioksida. Terdapat juga penganalisis gas ekzos yang berkeupayaan lebih tinggi yang boleh mengukur gas lain seperti nitrogen oksida. Komposisi gas karbon monoksida, karbon dioksida dan oksigen biasanya dibaca dalam kiraan peratus, manakala gas hidrokarbon dan nitrogen oksida dibaca dalam unit bahagian per juta (ppm).
adaptive behaviour scaleskala tingkah laku suaianPendidikanTiadaSkala mengukur perkembangan kemahiran fungsian individu yang mempunyai masalah ketidakupayaan fizikal. Skala ini mengukur penyesuaian tingkah laku dalam beberapa bidang seperti perkembangan fizikal, komunikasi dan sosialisasi.
densitometerdensitometerTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikAlat yang digunakan untuk mengukur ketumpatan filem radiografi. Alat ini berfungsi dengan cara mengukur keamatan cahaya yang melepasi filem dan dibandingkan dengan cahaya yang dipancarkan oleh alat pencerap radiograf.
Macleod gaugetolok MacleodKimiaKimia AnalisisPeranti untuk mengukur tekanan gas yang rendah di antara 10-5 – 1 torr, di dalam sistem vakum tekanan tinggi. Tekanan ditentukan dengan mengukur tinggi turus raksa yang ditolak oleh gas yang terperangkap.
electrostatic force microscopy (EFM)mikroskopi daya elektrostatik (EFM)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah yang digunakan untuk mengukur sifat elektrik permukaan sampel tanpa sentuh dengan mengukur daya elektrostatik yang terbentuk di antara permukaan sampel dan kantilever (julur tuas).
fadeometermeter fadeoKesenianHiasan DalamanAlat yang digunakan untuk mengukur kesan cahaya pada sesuatu bahan bagi menentukan sifat bahan tersebut, contohnya benang, fabrik, karpet atau plastik. Alat ini biasanya digunakan untuk mengukur ketahanan kesan pudar pada warna bahan tersebut. Penilaian berdasarkan bilangan jam meter fadeo didedahkan pada cahaya untuk menentukan kehilangan warna.
thickness gaugetolok tebalKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaJalur logam yang dibuat dengan ketebalan yang jitu yang digunakan untuk mengukur kelegaan di antara dua bahagian seperti mengukur kelegaan palam pencucuh.
12345678910...

Kembali ke atas