Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.kus] | مڠوکوس

Definisi : 1. memasak atau memanaskan sesuatu dgn menggunakan wap air mendidih: ~ nasi lemak; 2. memanaskan cairan (spt air dll) hingga menjadi wap yg kemudian bertukar semula menjadi cairan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.kus] | مڠوکوس

Definisi : memasak atau memanaskan sesuatu dgn wap air panas: ~ nasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengukus

Puisi
 

Jangan diharap mengukus pulut,
     Pulut dikukus bergantang-gantang;
Jangan diharap kasih di mulut,
     Kasih pandai hilang datang.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
steaming and quenching techniqueteknik penstiman dan pelindapkejutanBuluhTiadaKaedah mengawet buluh dengan cara mengukus, dan kemudian merendamnya secara semerta ke dalam bahan pengawet berasaskan air.
baccaratbakaratKesenianHiasan DalamanBarangan kaca kristal yang mula-mula dibuat di timur Perancis pada sekitar abad ke-18. Pada mulanya, barangan kaca ini hanya terdiri daripada kaca tingkap, cermin muka dan peralatan mengukus. Namun, kemudian pengeluarannya berkembang kepada barangan ketuhar, lampu hiasan gantung, dan botol minyak wangi. Kecantikannya yang luar biasa menjadikan barangan ini diminati ramai.

Kembali ke atas